MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Isnin, 22 Julai 2013

TADARUS AL-QURAN

Sepanjang bulan Ramadan 1434H ini, Masjid Al-Falah sentiasa menggalakkan samada Ahli Jawatankuasanya mahupun Jemaah di Kariah Taman Desa Jaya dan sekitar untuk bersama-sama bertadarus Al-Quran. Program Tadarus dimulakan seawal Ramadan yang pertama oleh Jemaah lelaki mahupuan wanita. Biro Helwa diketuai oleh Ustazah Zaharah dan dipimpin oleh Ustazah Ruhila telah melaksanakan Tadarus sebelum waktu berbuka puasa, disambung selepas Solat Maghrib dan diteruskan selepas sahaja selesai solat Tarawih manakala Jemaah lelaki bertadarus  secara istikamah iaitu selepas selesai solat Maghrib dan Tarawih. Program Tadarus ini kini telah sampai ke kemuncaknya dan dijangka Majlis Khatam Al-Quran dapat dilaksanakan pada minggu hadapan. Insyallah.
 


 
 
 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan