MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Selasa, 23 Julai 2013

KHATAM AL-QURAN

ISNIN, 22 JULAI - Rutin harian Tadarus Al-Quran yang dipraktikkan kaum wanita melalui Biro HELWA pimpinan Hajah Zahrah Othman, mencapai kemuncaknya malam ini, 13 Ramadan 1434H. Hajjah Ruhila Abdul Rahman, guru mengaji Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah diberi kepercayaan oleh Biro Helwa untuk memimpin bacaan Al-Quran secara Tadarus sehingga selesai 30 Juzuk. Majlis Khatam Al-Quran Helwa diadakan selepas usai Solat Tarawih/Witir berjemaah. seramai hampir 20 orang wanita kariah Taman Desa Jaya dan sekitar menghadiri dan menyempurnakan majlis Khatm Al-Quran yang diadakan di bilik mesyuarat Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya. Syukur Alhamdulillah kerana dengan tekat kesabaran dan istikamah mereka selama 12 hari sepanjang Ramadan, akhirnya berjaya menyempurnakan Tadarus Al-Quran 30 juzuk. Semoga amalan ini berterusan sehingga di luar Ramadan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan