MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Selasa, 23 Julai 2013

JOHAN QARI MEMIMPIN TARAWIH

SABTU, 20 JULAI - Sesuai dengan suasana bulan Ramadan, Jawatankuasa Masjid Al-Falah sentiasa berusaha menarik minat para jemaah untuk bersama-sama menyemarak dan menghidupkan Ramadan dengan cara solat berjemaah dalam setiap waktu solat termasuk solat Tarawih. Sehubungan itu, Ustaz Ab Aziz Bin Ibrahim, Johan Qari Negeri Johor bagi tahun 2013 telah dijemput khas untuk memimpin solat Isyak dan Tarawih pada 11 Ramadan 1434H. Selain menunaikan solat, para Jemaah dapat menghayati bacaan surah dan ayat -ayat suci Al-Quran yang berkualiti tinggi.
                                        Bacaan yang amat baik, diadun dengan suara yang merdu, dibaca dengan kefahaman mendalam maksudnya, dibaca dengan hati yang tulus boleh menerjah masuk ke dalam sanubari para Jemaah . Jabir meriwayatkan satu hadis daripada Rasulullah SAW di mana pernah satu ketika baginda ditanya tentang siapakah yang terbaik suaranya membaca al-Quran. Baginda menjawab: "Mereka ialah orang yang apabila kamu mendengar bacaannya, kamu memikirkan ia takut kepada Allah."
 
 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan