MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Sabtu, 14 November 2015

KURSUS HAJI & UMRAH

                  Masjid Al Falah menganjurkan Kursus Haji & Umrah bagi tahun 2015/2016 bermula selepas Solat Asar pada hari Sabtu, 7 November 2015 di Dewan Kuliah Masjid. Pembimbing kursus ialah Al Ustaz Haji Yusof , bekas Imam Masjid Taman Perling. Seramai lebih 100 orang peserta menyertai kursus ini. Jumlah peserta dijangka akan terus bertambah pada minggu-minggu berikutnya berdasarkan rekod dan analisa kursus pada tahun sebelumnya.   
                  Sesiapa yang berminat boleh hadir pada hari Sabtu  selepas Asar dan terus mendaftar dengan bayaran yuran tahunan hanya RM 60.00, buku kursus RM 10.00 dan pendaftaran RM 10.00.


 
 

Sabtu, 17 Oktober 2015

PROGRAM IBADAH KORBAN & AKIKAH

                      Program Ibadah Korban & Akikah 1436H Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya dengan kerjasama Badan-Badan Sukarela dan surau-surau di bawah naungannya telah diadakan selepas Solat Sunat Aidil Adha, hari Khamis, 24 September 2015 bersamaan 10 Zulhijjah 1436H.
                     Sebanyak 17 ekor lembu dan 13 ekor kambing disembelih pada hari tersebut. Seramai 194 sukarelawan terlibat dan berganding bahu membuat persiapan dan menguruskan aktiviti ibadah korban dan akikah ini. Jumlah perbelanjaan keseluruhan ibadah ini berjumlah RM 71,801.30.    
                   Tahniah diucapkan kepada Ajk, orang perseorangan, pertubuhan Ngo  dan syarikat yang menghulurkan bantuan kewangan, masa  dan tenaga dalam menjayakan progam ini. 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
                       
  
 
 
                       
 
 
 
 

Jumaat, 11 September 2015

SAMBUTAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI

Majlis Sambutan Hari Raya Aidlifitri 2015 dan Meraikan Bakal-Bakal Haji diadakan pada hari Jumaat, 14 Ogos 2015M bersamaan 29 Syawal 1436H. Sebanyak 38 Gerai dengan pelbagai sajian disediakan melalui sumbangan kewangan dan  hidangan oleh beberapa individu, Persatuan, Kesatuan, Kumpulan, Syarikat, Pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Seramai 6 orang bakal haji turut diraikan pada majlis ini. Tuan Haji Rawan mempengerusikan Majlis Sambutan ini menggantikan Tuan Haji Kasim Bin Darim yang sakit. Majlis ini menjadi lebih istimewa kerana turut dihadiri oleh penduduk Taman Desa Jaya berbangsa Cina dan India. Persembahan Nasyid dan kehadiran 80 sukarelawan dari UITM Pasir Gudang memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 kali ini.