MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Ahad, 24 November 2013

BAHAYA SYIAH

JUMAAT - Penularan fahaman Syiah di Malaysia semakin meruncing. Sehubungan itu, Kempen Selamatkan Ummah Edisi Johor Darul Takzim 2013 melalui Siri Jelajah Ceramah 'Bahaya Syiah' bersama Al-Fathil Ustaz Haji Mohamad Bin Ismail, Ketua Unit Kajia Syiah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) diadakan. Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya menjadi salah satu destinasi tuan rumah dalam merealisasikan progam ini selain 3 lagi masjid yang terlibat iaitu Masjid Al-Mansyhor, Simpang Parit Markom, Benut ( 23 Nov 13),  Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti ( 23 Nov) dan Masjid Layang, Taman Perling ( 24 Nov 13 ).
                      Objekif jelajah ini adalah untuk membuka mata dan minda warga Malaysia Ahli Sunnah Wal Jamaah tentang bahaya dan muslihat pengikut Syiah yang sekarang ini sedang merebak di negara kita. Ustaz Mohamad turut menerangkan mengenai sejarah, definisi, hukum dan pandangan ahli Syiah terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah. Semoga rakyat Malaysia lebih berhati-hati dengan fahaman sesat ini.


 
 
 
 

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

AHAD - Dalam usaha menanam sikap minat golongan muda agar dekat dan sayangkan masjid, maka Program Khidmat Masyarakat secara usahasama diantara Masjid Al-Falah dengan Unit Ko-Korikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Johor Bahru diadakan pada 10 November 2013 bersamaan  6 Muharram 1435H. Hampir 100 pelajar Tingkatan satu dan dua lelaki, perempuan, guru-guru Sekolah SMKA, bekas pelajar (ALUMNI) dan ahli jawatankuasa Masjid Al-Falah berganding bahu membersihkan persekitaran masjid ( dewan solat utama, pekarangan masjid, tempat wuduk, tandas lelaki dan perempuan ). Projek menanam pokok buah-buahan turut diadakan dibelakang Masjid Al-Falah.
                 Program yang bermula jam 8.00 pagi didahului dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdullah Bin Zuhrim dan diikuti ucapan aluan Haji Kasim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah. Ucapan disambut oleh , Puan Nor Saleha Binti Abdul Ghani, Penolong Kanan Ko-Korikulum SMKA. Selain membersihkan persekitaran masjid, program ini mencapai objektifnya iaitu memuliakan masjid dan mendekatkan masyarakat terutamanya golongan muda untuk sayangkan masjid dan seterusnya dapat meningkatkan syiar islam melalui aktiviti berguna sepeti ini.
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rabu, 23 Oktober 2013

PROGRAM KORBAN

10 ZULHIJJAH - Solat sunat I'dul Adha bermula jam 8.30 pagi dan berakhir dengan khutbah Raya pada jam 9.05 pagi. Satu jam kemudian aktiviti ibadah korban dilaksanakan dengan menyembelih 9 ekor lembu dan satu ekor kerbau. Seramai 100 petugas, 2 orang penyembelih dan hampir 200 orang Jemaah dari kariah Taman Desa Jaya, Taman Ehsan Jaya, Taman Johor Jaya dan sekitar menyertai dan memeriahkan aktiviti ini..  Daging korban diagihkan kepada peserta korban, fakir miskin di Zon Danau, Lembah dan Taman Ehsan Jaya. Aktiviti gotong royong ini berlangsung dengan penuh hikmah, semangat kejiranan dan setiakawan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 

HARI RAYA I'DUL ADHA

SELASA - Seluruh umat Islam di Malaysia meraikan Sambutan Hari Raya I'dul Adha pada 15 Oktober 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434H. Takbir Raya berkumandang dicorong pembesar suara Masjid Al-Falah seawal jam 7.00 pagi. Tuan Haji Kasim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah menyampaikan ucapan ringkas sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada para Jemaah yang hadir untuk menunaikan Solat Sunat I'dul Adha. Al-Ustaz Abdullah Zuhrim Bin Mamat Imam 2 Masjid Al-Falah mengimamkan Solat Sunat I'dul Adha pagi ini. Sambutan diteruskan satu jam kemudian dengan aktiviti korban menyembelih 9 ekor lembu dan 1 ekor kerbau.
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ahad, 8 September 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

TAMAN DESA JAYA - Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya dan Badan-badan Pertubuhan Sukarela (NG0) telah menganjurkan secara bersama Majlis Sambutan Hari Raya dan Meraikan Bakal-Bakal Haji pada 7 September 2013M bersamaan 1 Zulkaedah 1434H. Walaupun Syawal telah berlalu, kehangatan sambutan Hari Raya masih dapat dirasai. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran ramai para tetamu terdiri dari muslimin muslimat dari Taman Desa Jaya dan sekitar yang hadir bersama ahli keluarga dan saudara mara terdekat.
                    Majlis 3 dalam 1 ( Sambutan Hari Raya , Meraikan Bakal-Bakal Haji dan meraikan murid-murid calon UPSR ) disambut dengan begitu meriah melalui kolaborasi diantara pihak Jawatankuasa masjid dengan NGO dan sekolah. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh YM Raja Idris Bin Raja Ali dan disusuli ucapan aluan oleh Tuan Haji Kasim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya dan disambut oleh En Sabaruddin bin Abd Samad yang berucap mewakili bakal-bakal haji yang dirai. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada 9 orang bakal haji iaitu En Sabaruddin bin Abd Samad dan isteri, En Abd Hamid Bin A.Karim dan isteri, En Osman Bin Mawadi dan isteri, En Saharuddin Bin Musa dan isteri dan Puan Hasimah Binti Ibrahim.
                  Sebanyak 18 gerai menyediakan pelbagai hidangan hari raya melengkapi majlis Sambutan Hari Raya tahun ini. Konsep hidangan ala gerai ini dilaksanakan diatas sumbangan individu atau syarikat yang sama-sama berganding bahu memeriahkan majlis . Pengerusi dan ahli Jawatankuasa masjid mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian para tetamu samada muslim atau 'non muslim' yang hadir pada majlis ini. Tidak dilupa juga sekalung tahniah dan terima kasih kepada penyumbang tenaga dan wang ringgit yang dihulurkan samada oleh orang perseorangan mahupun syarikat . 
                   Majlis ini dirasakan mencapai objektif 'Serampang dua mata' nya iaitu mengeratkan silaturahim diantara pihak masjid dengan para Jemaah, penduduk kariah Tamn Desa Jaya dan sekitar tak kira bangsa dan agama selain mendekatkan hati dan diri hadirin agar cintakan masjid.   Semoga Ukhuwah yang terjalin berkekalan sepanjang hayat.