MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Khamis, 18 Julai 2013

IMAM PALESTIN

RABU, 17 JULAI - Masjid Al-Falah dalam usaha kemanusiaan membantu rakyat Palestin telah menjemput Imam Muda dari Gaza, Palestin iaitu Imam Abdul Aziz Mansur untuk memimpim Solat Tarawih dan Witir pada malam ke-9 Ramadan. Beliau telah dibawa khas ke Malaysia oleh pertubuhan  Aqsa Syarif , suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif (singkatan: AQSA) memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh lapan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya dan menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. Berganding bahu menyumbang tenaga dan fikiran untuk kebaikan Palestin dan dunia secara amnya.
                             Solat Tarawih kali ini hanya dilaksanakan sebanyak 8 rakaat saja untuk memberi laluan kepada imam Palestin menyampaikn tazkirah ringkas mengenai penghayatan Ramadan dan sedikit cerita mengenai penderitaan rakyat Palestin yang sekarang ini semakin galak diganyang oleh pihak Rejim Israel. Marilah kita bersama-sama berdoa agar rakyat Palestin selamat dari sebarang bahaya mahupun malapetaka.
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan