MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Isnin, 29 Julai 2013

JIHAD LAILATUL QADAR

JUMAAT, 26 JULAI - Bagi merealisasikan misi mencari dan mengejar Lailatul Qadar, pelbagai program pemantapan rohani diatur oleh Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya. Pada penghujung fasa kedua Ramadan yang penuh dengan 'keampunan' dan seterusnya memasuki fasa ketiga Ramadan yang menjanjikan 'kemerdekaan' atau terlepas dari api neraka telah berjaya menarik sebahagian Jemaah untuk meningkatkan amal ibadah mereka samada melalui iktikaf di masjid, bertadarus Al-Quran, berzikir munajat, solat berjemaah mahupun berqiamulail.   Pada 17 dan 18 Ramadan 1434H, Ustaz Dr. Mohd Azhar Bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kelantan  dijemput khas untuk memimpin Qiamulail dan menyampaikan Tazkirah/Kuliah Subuh bertajuk 'Jihad Lailatul Qadar'. Beliau memperincikan kaedah bagaimana cara untuk memperoleh Lailatul Qadar. Semoga segala usaha dan pengorbanan AJK Masjid, Ustaz dan para Jemaah berbaloi dengan mendapat apa yang dikejar dan dihajati iaitu Lailatul Qadar ( Malam penentuan atau malam Keagungan ). 
 
                                                        Qiamulail dipimpin oleh Ustaz Azhar     
 
                                                      Jemaah bersahur selepas selesai berqiamulail
 
                                       Kuliah subuh oleh Ustaz Azhar bertajuk' Jihad Lailatul Qadar '
 
 
    Kaum wanita turut berqiamulail, bersahur dan mendengar kuliah subuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan