MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Selasa, 30 Oktober 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

JUMAAT, 26 Oktober - ALLAHHU AKBAR, ALLAHHU AKBAR, ALLAHHU AKBAR..........Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana aman dan makmur pada 10 Zulhijjah 1433H. Seawal jam 7.30 pagi, Takbir Raya bergema di Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya. Jemaah kariah Taman Desa Jaya, penduduk taman berdekatan dan pengujung warga asing berduyun-duyun mengunjungi Masjid untuk bersama-sama bertakbir, menunaikan Solat Sunat Aidiladha, mendengar khutbah dan bermaaf-maafan. Ibadah Korban dan Akikah dijadualkan akan dilaksanakan pada keesokan harinya iaitu pada hari Sabtu, 27 Oktober 2012. 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan