MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Ahad, 28 Oktober 2012

PENILAIAN MASJID CEMERLANG PERINGKAT NEGERI JOHOR

ISNIN, 22 OKTOBER - Selepas diumumkan terpilih tempat pertama sebagai Masjid cemerlang bagi Peringkat Daerah Johor Bahru pada 3 Oktober lepas, maka secara automatik Masjid Al-Falah dicalonkan pula untuk anugerah Masjid Cemerlang Peringkat Negeri Johor. Sehubungan itu, seramai 13 orang panel penilai dan 5 orang pengiring/pemerhati mewakili pelbagai jabatan hadir membuat tinjauan dan penilaian terperinci bagi menentukan kelayakan dan kedudukan Masjid Al-Falah sebagai calon Masjid Cemerlang Peringkat Negeri. Majlis dimulai dengan penanaman "Pokok Dokong" oleh En Adam B Ibrahim, wakil rasmi Pengerusi Penilaian Anugerah Masjid dan Surau Cemerlang Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2012/1433H. Majlis diteruskan di dewan kuliah dengan ucapan aluan oleh Haji Hussin bin Sakiman, Penyelaras Masjid dan Surau Daerah Johor Bahru diikuti ucapan Haji Kasim B Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya. Ucapan balas dan taklimat ringkas disampaikan oleh En. Adam b Ibrahim, wakil rasmi Pengerusi Panel Penilai. Acara kemuncak ialah temu bual antara panel penilai bersama semua ketua biro Masjid  Al-Falah. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan sesi bergambar.





























Tiada ulasan:

Catat Ulasan