MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Jumaat, 5 Oktober 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA


AHAD, 16 SEPTMasjid Al-Falah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya dan meraikan Bakal Haji pada penghujung Syawal. Majlis anjuran bersama Surau, UMNO, Badan Khairat Kematian, KRT, KEMAS, PIBG SMK dan SK Taman Desa Jaya bermula selepas solat Maghrib. Marhaban gabungan AJK dan jemaah masjid membuka tirai majlis diikuti dengan kuiz untuk anak-anak tetamu yang hadir. Majlis diteruskan selepas Isyak dengan ucapan aluan oleh Haji Kassim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah dan diikuti dengan pemberian sumbangan kepada bakal-bakal haji. Majlis diselang-selikan dengan persembahan bunga api dan kuiz. Pelbagai hidangan disajikan mengikut gerai yang disumbangkan oleh setiap individu dan institusi.  Haji Kassim bin Darim, Pengerusi Masjid Al Falah Taman Desa Jaya mewakili seluruh Jawatankuasa Masjid dalam ucapan ringkasnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf Zahir Batin kepada para jemaah yang hadir















Tiada ulasan:

Catat Ulasan