MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Sabtu, 11 Ogos 2012

RAMADAN BERSAMA HUFFAZ DARI PALESTIN,SOMALIA DAN SYRIA

RABU, 8 Ogos - Masjid Al Falah menerima kunjungan Al Sheikh Zohir Kabaha, Imam dari Palestin yang dibawa khas oleh Biro Haluan Palestin, Biro Misi Kemanusiaan ( Haluan Malaysia ) bertujuan mengumpul dana dan memohon sumbangan rakyat Malaysia amnya dan jemaah masjid kariah Taman Desa Jaya khasnya. Al Sheikh dan rombongan sudi menerima jemputan berbuka puasa bersama jawatankuasa Masjid Al Falah dan seterusnya memimpin solat Maghrib, Solat Isyak, Solat Tarawih dan Witir berjemaah.
                        Beliau juga menyampaikan tazkirah dipertengahan waktu solat Tarawih bertujuan memberi kesedaran kepada para jemaah mengenai betapa bertuah dan beruntungnya kehidupan rakyat di Malaysia berbanding kesengsaraan yang perlu dilalui oleh rakyat mereka di bumi Palestin. Menyelami pengalaman pahit beliau dan rakyat Palestin ditindas oleh rejim Yahudi Israil seharusnya menjadikan kita insan yang sentiasa bersyukur. Diakhir majlis, pihak Haluan Malaysia menyampaikan cenderahati kepada Hj Salikin bin Mis, mewakili Masjid Al Falah Taman Desa Jaya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan