MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Sabtu, 11 Ogos 2012

IKTIBAR BADAR KUBRA

JUMAAT, 10 Ogos - Biro Pendidikan Dan Dakwah Masjid Al Falah meneruskan Program Ramadan 1433H dengan menjemput Ustaz Dr Mohd Azhar Bin Abdullah ( Pensyarah Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (KIAS) Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan untuk berkongsi ilmu dalam Tazkirah Tarawih. Ustaz telah menyentuh mengenai kepatuhan baginda Nabi dan para sahabat dalam mentaati perintah ALLAH SWT semasa menempuh peperangan Badar. Kemenangan Islam dalam peperangan Badar dalam bulan Ramadan patut dijadikan iktibar kepada umat Islam zaman sekarang untuk mencontohi pengorbanan mereka. Diakhir tazkirah, Ustaz meceritakan mengenai  Saad bin Muaz yang difitnah didalam kubur ( diseksa dalam kubur ) walaupun mati dalam keadaan syahid.  Renung-renungkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan