MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Sabtu, 1 Disember 2012

ZIARAH




1. 01 November 2012 -  1.50 Petang, Hj Mohd Suremi bin Hj Rasiden bersama Hj Rebu bin Saiman dan Hj Salikin bin Mis telah menziarah Hj Jaafar bin Awang dari Jalan Permatang di katil no 20 wad 3A Hospital Sultan Ismail, J.Bahru. Beliau dimasukkan ke wad kerana mengalami komplikasi darah tinggi yang hampir membawa kepada strok. Dengan izin ALLAH SWT, kedaannya sekarang semakin pulih . 
 


 
2.  29 Oktober 2012 - jam 12.42 Tgh, Hj Mohd Suremi bin Rasiden, Hj Rebu bin Saiman, Hj Kasim bin Darim, Hj Salikin bin Mis dan Pn Noriah menziarah Pn Sakira bt Mat Zain ( Isteri kepada En Roslan bin Md Yatim, Pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah ) di Hospital Pakar Kempas. Beliau telah dimasukkan ke wad tersebut sejak 27 Oktober 2012 kerana menghidap sakit radang hati. Walau bagaimana pun keadaannya kini bertambah baik. 
 
 
 

 
 
3. 20 Oktober 2012 - jam 12.58 Tgh, Hj Kasim bin Darim, En Razak bin Isam dan Hj Mohd Suremi bin Rasiden menziarah En Idris yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, J.Bahru kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Akibat kemalangan tersebut beliau telah mengalami beberapa kecederaan anggotanya.
 
 
 
Hj Mohd Suremi bin Rasiden mewakili Masjid Al-Falah menyampaikan sumbangan kepada ketiga-tiga pesakit. Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Masjid Al-Falah mendoakan agar mereka segera sembuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan