MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Jumaat, 11 Mei 2012

KHATAM AL QURAN


Khamis 10 Mei 2012  - Puan Yuslina Binti Kamaruddin, salah seorang ahli Kumpulan Qiraatil-Quran pimpinan Ustazah Ruhila Binti Hj.Abd. Rahman mengadakan Majlis Khatam Al Quran di Dewan Kuliah Masjid Al Falah Taman Desa Jaya.  Selepas 4 tahun bersabar, tabah dan tekun akhirnya Pn Yuslina berjaya menamatkan pengajian bacaan Al Qurannya dengan sempurna. Majlis dimulai dengan Selawat keatas Nabi  diikuti dengan bacaan surah Khatam Al Quran. Majlis diteruskan dengan bacaan doa Khatam Al Quran  dan diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ustazah Hajjah Ruhilah dan disambut dengan ucapan oleh Puan Yuslina Binti Kamaruddin. Dalam ucapannya Puan Yuslina mengucapkan terima kasih kepada Ustazah yang sudi memberi bimbingan, tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu pengajian Al Quran kepada beliau. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada Puan Hajjah Zainon kerana sudi mengajar anak beliau mengaji. Walaupun ringkas dan sederhana, majlis diadakan dalam suasana meriah dan tertib.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan