MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Ahad, 29 Januari 2012

ZIARAH

KHAMIS, 19 Jan 2012 - Pengerusi Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan, Tuan Hj Mohd Suremi bin Rasiden bersama ahli Jawatankuasa Masjid serta warga kariah Taman Desa Jaya  terdiri daripada Hj Yusof, En.Razak, En.Subari, En.Ahmad dan En.Suhut telah menziarah  En S. Omar bin Talib di rumahnya di Jalan Lembah 36. Sebelum ini, En S Omar telah dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Aminah JB selama beberapa hari kerana kemalangan jalan raya. Beliau terjatuh dari motosikalnya berhampiran bangunan “Kerrys” Jalan Tebrau ketika hendak pulang kerumah dari tempat kerjanya pada jam 6.15  petang. Akibat kemalangan tersebut, pinggul kiri beliau dimasukkan tiga batang besi penyokong dan terpaksa berjalan dengan bantuan tongkat. Kini masih dalam rawatan susulan di hospital/klinik berdekatan. Hj Mohd Suremi bin Rasiden mewakili Masjid Al Falah menyampaikan sumbangan kepada En S. Omar. Jawatankuasa Masjid Al Falah mendoakan semoga En.S Omar segera sembuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan