MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Rabu, 18 Januari 2012

PROGRAM DERMA DARAH

AHAD 15 Januari 2012 - Program Derma darah anjuran bersama Masjid Al Falah, Maybank Ulu Tiram dan Hospital Sultan Ismail telah diadakan di Dewan Kuliah Masjid Al Falah bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari para jemaah Masjid Al Falah, Surau Al Hafiz, Surau Al Multaqa, Surau Al Ihsan, Surau Sri Orkid, penduduk islam dan bukan islam di Taman Desa Jaya. Di dalam program ini, Seramai 112 telah mendaftar untuk menderma darah. Program dimulai dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Masjid Al Falah, Hj.Kassim B Darim  dan seterusnya pertukaran cenderahati diantara ketiga-tiga pihak penganjur. Setiap penderma darah diberikan sijil penghargaan bagi menghargai komitmen mereka dalam usaha membantu mereka yang amat memerlukan darah. Berdasarkan sambutan baik yang diterima, program derma darah ini akan dijadikan acara tahunan bagi  mengisi aktiviti Masjid secara berterusan









Tiada ulasan:

Catat Ulasan