Sabtu - Masjid Al Falah menganjurkan Program Ceramah Agama sempena sambutan Hari Ibu pada 12 Mei 2012 bersamaan 20 Jamadilakhir 1433H. Majlis bermula selepas solat Isyak berjemaah dengan bacaan doa oleh Uztaz Abdullah Zuhrim bin Mamat dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Hj Kassim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al Falah Taman Desa Jaya. Buat julung kalinya Anugerah Ibu Mithali sempena hari Ibu diadakan. Puan Hajjah Siti Zaleha binti Ahmad dari Zon Permatang telah diumumkan sebagai Ibu Mithali tahun 2012 bagi Kariah Masjid Al Falah Taman Desa Jaya. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM 300.00 dan sijil penghargaan. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Masjid. Acara kemuncak program ialah Ceramah Agama Hari Ibu ( Ibuku Duniaku ) yang disampaikan oleh Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria dari IBS Excel Trainning & Consultancy. Majlis diselitkan juga dengan jualan sekuntum bunga hidup khas untuk para ibu. Dalam ceramahnya, Ustazah mengingatkan anak-anak dan para suami agar menghargai jasa dan pengorbanan ibu. Ustazah juga memberikan beberapa tip kecemerlangan keluarga. Sambutan yang menggalakkan dari para hadirin, jemaah dan penduduk setempat memungkinkan Jawatankuasa Masjid Al Falah menganjurkan pula ceramah agama sempena “ Hari Bapa ” yang biasanya diraikan pada hari Ahad minggu ketiga setiap bulan Jun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan