Walau sibuk dengan tugasan harian, Pemangku Pengerusi Masjid Al Falah, YM Raja Idris bin R. Ali bersama Pengerusi Biro Kebajikan Sosial dan Kebudayaan, Hj Mohd Suremi bin Rasiden serta AJK-nya En Razak dan Hj Yusoff melapangkan masa menziarah Pn. Rahmah bt Mahat di Hospital Sultan Ismail, Pandan, Johor Bahru pada 10 Dis.2011 jam 5.35 petang. Pn Rahmah ditempatkan dalam wad sejak dua minggu lepas kerana mengidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. Pihak JK Masjid Al Falah sentiasa perihatin terhadap warga kariahnya di Taman Desa Jaya. Program ziarah ini diharap dapat merapatkan hubungan silatulrahim diantara JK Masjid dengan penduduk setempat. Marilah kita berdoa agar Pn Rahmah segera sembuh dan sihat sepenuhnya..
Tuan Hj Mohd Suremi menyampaikan sumbangan kepada Pn Rahmah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan