MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Ahad, 4 Januari 2015

BANTUAN MANGSA BANJIR

31 Disember 2014 - Masjid Al-Falah dengan kerjasama ahli kariah Taman Desa Jaya, Taman Eshan Jaya dan sekitar, Ngo lainnya berusaha mengumpulkan dana dan barang keperluan harian untuk disumbangkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Pahang. Pada jam 11.32 malam, 3 buah lori bergerak dari pekarangan masjid Al-Falah bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Chenor, Pahang dan masjid di Kuala Krai, Kelantan. Seramai 10 sukarelawan dari Taman Desa Jaya dan Ehsan Jaya menjadi wakil penyerahan bantuan tersebut. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat menringankan penderitaan dan kepayahan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir ini. 
 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
    
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan