MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Selasa, 8 April 2014

GEMA SELAWAT 2014

Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya dengan kerjasama Rich Golden Wealth Resources telah menganjurkan Majlis Gema Selawat "Untuk Mu Yaa Rasulullah" Masjid Al-Falah 2014 pada hari Sabtu, 29 Mac 2014. Majlis yang bermula selepas solat Isyak dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Shafi Nurul Anwar bersama Ahbaabul Musthofa.
Majlis diselang-seli dengan persembahan Qasidah,Tazkirah dan Tausiah. Acara Kemuncak bermula jam 10.00 malam dengan Gema Selawat 2014 yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Shafi Nurul Anwar besama para Habaib, Ulama', Asatizah dan disertai oleh jawatankuasa masjid, Jemaah kariah Taman Desa Jaya, penduduk setempat, dan tak terkecuali pengikut/rombongan dari Pondok Pesantren Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia dan Singapura. 
Objektif majlis ini terarah kepada semangat cintakan Rasulullah SAW melalui penceritaan sejarah dan pengamalan sunah nabi. Sambutan orang ramai amat menggalakkan. Situasi dan sambutan ini memungkinkan program Gema Selawat ini diteruskan pada masa-masa yang akan datang.
Diakhir majlis, Doa untuk MH370 dipanjatkan agar pencarian pesawat MH 370 menemui noktahnya.
 
 

 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jumaat, 4 April 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Masjid Al-Falah dengan kerjasama Badan-Badan Sukarela (NGO) Taman Desa Jaya berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul  pada hari Sabtu, 15 Mac 2014M bersamaan 13 Jamadilawal 1435H.Majlis Sambutan tahun ini dibahagikan kepada 2 sesi, pagi dan malam. Sesi pagi bermula jam 8.30 pagi dengan acara perarakan dan disudahi dengan jamuan makan. Puteri Islam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Jaya berjaya memenangi pertandingan perarakan kategori perarakan dan pakaian terbaik.
Sesi malam berlangsung selepas Solat Maghrib dengan bacaan Rawi dan Marhaban oleh ahli jawatankuasa dan Jemaah Masjid. Ustaz Abdullah Zuhrim Bin Mamat memulakan majlis dengan bacaan doa dan diikuti ucapan aluan oleh Tuan Haji Kasim B Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya. Forum Maulidur Rasul mengisi slot Majlis Sambutan malam ini. 2 orang ustaz dijemput sebagai ahli panel Forum iaitu Ustaz Tuan Haji Mohd Fahami Bin Samad, Kadi Daerah Kulaijaya dan Ustaz Tuan Haji Baharin Bin Jalal, kadi daerah Batu Pahat. Moderator Forum ialah Ustaz Encik Fakhrul Razi Bin Sidek dari Sekolah menengah Agama Johor Bahru.