MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Khamis, 4 Disember 2014

PROGRAM KEMBARA ANAK SOLEH

28-29 Nov 2014 - Program Motivasi anak remaja bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat melalui Program Kembara Anak Soleh diadakan selama 2 hari 1 malam pada 28-29 Nov 2014 dengan anjuran bersama Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya,  Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam TDJ dan Idaratul Ilmi, Training & Consultancy. Program dikendalikan oleh 2 orang  Pencetus Ummah popular iaitu PU Rahmat dan PU Izzat.
                             Seramai 100 peserta terdiri daripada 50 remaja lelaki dan 50 remaja perempuan menyertai program ini. Pelbagai aturcara diatur, diantaranya Solat Dhuha, Tazkirah, pengisian ilmu, teori dan praktikal pengurusan jenazah, teori dan praktikal Solat Tamam, praktikal Solat Sunat Jamak dan Qasar, riadah, Kuliah Maghrib, aktiviti berkumpulan, Qiamulail, solat berjemaah, Kuliah Subuh, makna-makna bacaan dalam solat. Program diakhiri dengan penyampaian Anugerah Peserta Harapan, peserta terbaik lelaki dan perempuan.
                               Gambar program pada hari Jumaat, 28 November 2014
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 

 
 


 
 
 
 

 


 
 
 
 


 

 




 
 

 



 

 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan