MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Sabtu, 1 November 2014

SEPETANG BERSAMA USTAZ KAZIM ELIAS

24 Okt 14 -  Sempena Sambutan Maal Hijrah 1436H, Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya menjemput yang berbahagia Ustaz Kazim Bin Elias menyampaikan ceramah berkaitan Hijrah dalam Program 'Jom Sepetang bersama Ustaz Kazim Elias'. Walaupun dalam keadaan panas terik, majlis yang diadakan selepas solat Jumaat tetap mendapat sambutan hangat bukan saja dari penduduk kariah Taman Desa Jaya malah dari luar kariah seperti Pasir Gudang, Kota Tinggi dan Johor Bahru. 
               Dalam ceramahnya, Ustaz Kazim menyarankan agar kita sentiasa berhijrah Iman, Ilmu dan Akhlak. Hampir 3000 pengunjung menzahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan penganjuran kali ini kerana selain mendapat 'input' yang baik dan bermanfaat dari ustaz malah dapat melihat secara lebih dekat ustaz kesayangan mereka.




 

    
    


 





 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan