MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Jumaat, 22 Ogos 2014

PENILAIAN MASJID CEMERLANG

10 Ogos 14 - Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya terpilih mewakili masjid dari Mukim Plentong untuk penilaian Masjid Cemerlang Peringkat Daerah Johor Bahru. Sebanyak 4 buah masjid sekitar dareah Johor Bahru telah disenarai pendek untuk dinilai dan seterusnya dianugerahkan sebagai Masjid Cemerlang Peringkat daerah.
Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya dikunjungi oleh 6 orang ahli panel penilai pada pagi Ahad, 10 Ogos 2014. Sekiranya berjaya menduduki tempat pertama penilaian Masjid Cemerlang Peringkat Daerah Johor Bahru, maka masjid yang terpilih akan bertanding pula ke Peringkat Negeri Johor yang dijadualkan pada bulan September 2014 akan datang. Sama-samalah kita berusaha, berdoa dan bertawakal agar Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya ini memperoleh kejayaan sebagai Masjid Cemerlang Peringkat Daerah Johor Bahru dan seterusnya ke Peringkat Negeri Johor.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
                       

                       
 
                       

  
 
      
 

 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan