MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Jumaat, 16 Mei 2014

LATIHAN AMALI KURSUS UMRAH DAN HAJI

Sabtu , 26 April - Peserta kursus ibadah Umrah dan Haji yang dikendalikan oleh Uztaz Haji Ismail bin Ali menjalani latihan Amali Tawaf dan Sai. Walaupun berdepan dengan situasi hujan lebat namun semangat para peserta tetap utuh dan berkobar untuk meneruskan aktiviti praktikal ini. Ustaz Haji Ismail membimbing kesemua peserta lelaki dan wanita melaksanakan ibadah  Tawaf dan Sai di pekarangan luar Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya. Di penghujung program, Pengarah Urusan 'Travel Agent' menyampaikan taklimat ringkas dan serahan beg kepada 48 Jemaah yang akan turut serta menunaikan ibadah Umrah pada 25 Mei 2014. Mereka akan berangkat dari Masjid Al- Falah pada jam 11.00 malam hari Ahad , 25 Mei 2014. Jawatatankuasa Masjid Al-Falah mendoakan agar kesemua Jemaah yang terlibat beroleh Umrah yang Mabrur.
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan