MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Selasa, 7 Januari 2014

PROGRAM BERKHATAN


AHAD : Program Khatan beramai-ramai anjuran bersama Biro Kebajikan, Sosial & Kebudayaan Masjid Al-Falah dan Hospital Sultanah Aminah telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Utama Masjid Al-Falah pada 8 Disember 2013M bersamaan 5 Safar 1435H. Seramai 14 kanak-kanak terdiri dari pelbagai peringkat umur telah menyertai program ini. Seorang Doktor & 3 pembantu dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru telah mengendalikan operasi berkhatan beramai-ramai ini. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Rebu bin Saiman, Imam 1 Masjid Al-Falah dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Kasim bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya. Taklimat ringkas mengenai kebaikan berkhatan, cara penjagaan dan kaedah pemakanan ubat turut disampaikan oleh doktor kepada ibu-bapa kanak-kanak terlibat.
                 Masjid Al-Falah turut menghulurkan cenderahati (sehelai kain pelekat) kepada semua kanak-kanak yang terlibat dengan program berkhatan ini. Selepas sesi bergambar, peserta dan ibu bapa dirai dengan sarapan pagi. Pelbagai gelagat & reaksi dapat disaksikan semasa operasi berkhatan dijalankan, ada yang gementar, pucat lesi, senyum gembira dan ada juga yang menangis ketakutan. Itulah keistimewaan adat resam berkhatan. 
                  Dua tahun lepas iaitu pada 27 November 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H. Seramai 21 kanak-kanak menyertai program ini melalui anjuran bersama Biro Kebajikan, Sosial & Kebudayaan Masjid Al Falah, KRT Zon Danau, Rakan Muda & Surau Al Hafiz.. Diharapkan program bermanfaat sebegini dapat diteruskan dan diadakan pada setiap tahun.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan