MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Sabtu, 8 Disember 2012

ZIARAH

RABU, 5 DIS - Pengerusi Biro Kebajikan Sosial dan Kebudayaan, Tuan Hj Mohd Suremi bin Hj Rasiden bersama-sama jemaah  kariah Masjid Al Falah, En Nor Mohammad, En Hassan, En Jalil, En Md Hasnor, En Shahdan dan En Aireen telah menziarah En Zakaria dirumahnya No 4, Jalan Lembah 37 TDJ. En Zakaria telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Pandan pada 01 Disember 2012 dan dibenarkan balik  ke rumah pada 05 Disember 2012 . En Zakaria yang berkerja di Pasaraya Pandan memberitahu bahawa pada 1 Disember jam 5.30 petang dengan tiba-tiba tangan kanannya tidak berupaya untuk bergerak., kebas dan hampir strok badannya. Mujur mendapat rawatan segera di HSI. Kini keadaanya bertambah baik.
                                                       
                                                    Kelihatan dalam gambar Hj  Mohd Suremi
                              menyampaikan sumbangan kepada En Zakaria bagi pihak Masjid Al Falah.


Sabtu, 1 Disember 2012

MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN

AHAD, 25 NOVEMBER - Bagi menzahirkan rasa bersyukur diatas pemilihan dan kejayaan meraih tempat pertama  sebagai Masjid Cemerlang Peringkat Daerah Johor Bahru dan tempat ketiga Peringkat Negeri Johor maka Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid mengadakan Majlis Jamuan Kesyukuran di Dewan Serbaguna Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya. Majlis yang bermula jam 9.00 pagi didahului dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh Bilal Hisham Bin Hashim dan disusuli ucapan aluan oleh Haji Kassim B Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah merangkap Pengerusi sambutan. Haji Nasir Bin Syukur, Pengerak/Penyelaras Masjid/Surau DUN Tiram dan Ketua Kampung DUN Tiram turut hadir dan memberikan ucapan penghargaan. 
                    Sebagai ' rakan masjid ' yang sentiasa bersedia menabur bakti samada melalui sumbangan wang ringgit, masa dan tenaga, pihak NGO dan badan-badan sukarela dijemput khas untuk bersama-sama meraikan kejayaan ini. Turut hadir ialah Pengerusi dan Jawatankuasa (JK) Surau Al Hafiz, JK Surau Al-Multaqa, Pengerusi dan  JK Surau Al-Ihsan, JK Surau Sri Orkid, Pengerusi dan JK Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Zon Permatang, Pengerusi dan JK KRT Zon Lembah, JK KRT Zon Danau, JK Badan Kebajikan Sekolah Agama TDJ, Pengerusi dan JK PIBG SK TDJ, JK PIBG SMK TDJ, JK SMKA JB, Ketua dan JK Kumpulan Yassin Wanita Zon Lembah, Danau dan Permatang, JK Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam TDJ, guru mengaji Kumpulan Qiraatil Quran dan penduduk kariah Taman Desa Jaya. 
                    Penyampaian sijil penghargaan kepada semua ketua-ketua NGO dan Jawatankuasa Masjid diikuti Jamuan Kesyukuran mengakhiri majlis ini. Didoakan semoga masjid ini kekal cemerlang kini dan selamanya.
 
 

                
                       
 


FORUM PERDANA MAAL HIJRAH 1434H

JUMAAT, 9 MUHARAM 1434H - Sempena menyambut kehadiran bulan Muharam, Masjid Al-Falah mengambil inisiatif menganjurkan program Forum Perdana Maal Hijrah 1434H pada 23 November 2012 di pekarangan Masjid Al-Falah. Forum yang diadakan selepas solat Isyak dianggotai oleh 2 orang ahli panel tersohor iaitu Al-Fadhil Ustaz Ghazali Haron, Pengetua Maahad Tahfiz Darul Furqon Selatan Thailand dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Rifqi Bin Myiddin, Eksekutif Agama Masjid Taman Universiti. Moderator Forum Perdana kali ini ialah Al-Fadhil Ustaz Anuar Bin Hussin, Pengetua Maahad Tahfiz Sidi Ibrahim Ar-Rashid. Tajuk Forum yang dipilih oleh Biro Takmir / Pengimarahan Masjid ialah  " I love you, Daddy and Mummy ". Tajuk ini sengaja dipilh sesuai dengan permasalahan dan gejala sosial yang berleluasa dewasa ini dikalangan remaja melayu dan Islam di negara ini. Panel Forum berjaya mengupas isu ini dengan baik dan terperinci hingga dapat dijadikan iktibar, pembuka mata dan minda tetamu yang hadir untuk lebih fokus, telus dan tulus dalam mendidik anak masing-masing. Diakhir majlis, Sijil Wakaf pembinaan Masjid Saidina Khalid Ibni Al-Walid dan pembinaan Maahad di Selatan Thailand ( Wilayah Naratiwat Selatan ) sebanyak setengah kaki persegi dengan harga RM50.00 dikeluarkan kepada hadirin yang berhajat menghulurkan sumbangan ikhlas. Sama-samalah kita berdoa agar terbinanya masjid ini nanti dan ALLAH SWT gandakan ganjaran wakaf ini hingga ke hari kiamat dan dikumpulkan bersama kedalam syurga......Amin.