MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Rabu, 15 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012


AHAD - Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2012M anjuran Masjid Al Falah, Taman Desa Jaya diadakan pada 12 Februarai 2012 bersamaan 19 Rabiulawal 1433H. Majlis bermula jam 8.00 pagi dengan perarakan oleh beberapa kumpulan terdiri daripada AJK Masjid, Murid Sekolah Rendah Kebangsaan TDJ, Sekolah Menengah TDJ, Sekolah Agama TDJ, Kumpulan Yassin wanita Permatang, Lembah, Danau, Kumpulan Qiraatil Quran, penduduk kariah Taman Desa Jaya dan sekitar. Seterusnya YM Raja Idris selaku Timbalan Pengerusi memberi ucapan alu-aluan kepada hadirin dan diikuti ucapan oleh Hj Maulizan b Bujang, Adun Tiram. Penyampaian hadiah kepada pemenang perarakan disampiakan oleh Hj Kassim Darim, Pengerusi Masjid Al Falah. Johan perarakan kategori sekolah ialah sekolah kebangsaan TDJ manakala kategori dewasa diungguli oleh Kumpulan Yassin Lembah/Danau. Majlis sesi pagi diakhiri dengan jamuan tengahari. Sesi malam bermula dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan rawi dan selawat oleh AJK masjid dan solat isyak berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Asyraf. Acara kemuncak Majlis Sambutan Maulidur Rasul ialah ceramah yang disampaikan oleh Al Ustaz Muhammad Asyraf b Mohd Ridzuan, imam Masjid Desa Petaling dari Kuala Lumpur yang juga merupakan juara Program Imam Muda Astro Oasis 2010. Ustaz menyeru seluruh hadirin agar menghayati sirah nabi Muhammad SAW selain menyayangi baginda dengan mengamalkan sunahnya. Seluruh pengunjung yang menghadiri majlis ini menzahirkan rasa puas hati mereka kerana kelancaran agenda dan ceramah yang disampaikan. 













Tiada ulasan:

Catat Ulasan