MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Isnin, 9 Januari 2012

Perhimpunan Perkasa & Solat Hajat

KHAMIS : Berita gempar penemuan 9 kepala babi di luar pintu pagar Masjid Al Falah pada 29 dan 30 Disember 2011 mendapat maklumbalas yang pelbagai dari umat islam amnya dan warga kariah Taman Desa Jaya khasnya. Pelbagai pihak termasuk Ngo sepert Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pekida, PPMM mengutuk perbuatan biadap pihak yang tidak bertanggungjawab ini.  Pihak polis yang segera bertindak atas maklumat orang ramai dan siasatan berterusan telah mengumumkan penangkapan 4 orang yang disyaki terlibat dengan kes terbabit. Sehubungan itu, pada 5 Januari 2012, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan hampir 150 ahlinya bekerjasama dengan JK Masjid mengatur satu program Solat Hajat memohon agar Masjid Taman Desa Jaya dan seluruh umat islam di negara ini dilindungi ALLAH SWT dari sebarang ancaman dan bencana. Amin.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan