MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Ahad, 27 Julai 2014

KHATAM AL-QURAN - LELAKI

25  Julai - Majlis Khatam Al-Quran lelaki diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Al-Falah pada hari Jumaat jam 5.00 petang. Seramai 20 peserta mengambil bahagian di dalam majlis ini. Tuan Haji Nasir, Pengerak Masjid dan Surau Zon Tiram turut menghadirkan diri memberi sokongan kepada majlis murni ini. Diakhir majlis, Tuan Haji Kasim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah menyampaikan cenderahati kepada semua peserta yang terlibat. Pada sebelah malam, majlis diteruskan dengan program berbuka puasa dan diikuti dengan solat Isyak dan Tarawih 8 rakaat. 
 





















 

Jumaat, 25 Julai 2014

PROGRAM RAMADAN

1-26 Ramadan - Pelbagai Program di sepanjang bulan Ramadan dirancang dan diadakan untuk menarik penyertaan dan penglibatan semua Jemaah di kariah Taman Desa Jaya dan sekitar untuk bersama-sama menyemarak dan meningkatkan amalan/ibadah di bulan Ramadan Al-Mubarak ini.
Diantara program dan aktivii yang dilaksanakan ialah program Bubur Lambok, majlis berbuka puasa , Solat Tarawih/Witir, Imam jemputan Tarawih, Imam Palestin/Syria anjuran bersama Haluan Malaysia, Kembara Ramadan 2014 Jabatn Penerangan Johor, majlis berbuka puasa bersama agensi luar seperti Celcom dan Umno Bahagian, sumbangan fakir miskin Jabatan Agama Negeri Johor, sumbangan fakir Miskin dan ibu tunggal oleh Masjid Al-Falah dan Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Islam TDJ, Khatam Al-Quran wanita dan Solat Tasbih, Qiamulail 10 malam terakhir, bersahur, kuliah/tazkirah Subuh dan acara penutup dengan majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran lelaki pada 25 Julai 2014.
 
1. Program Bubur Lambok - 3 periuk
 
 
 
 
2. Kembara Ramadan 2014
 
 
  
 
 
 
 
 
3. Tadarus Sekolah-Sekolah Johor Bahru
 

 
 
4. Tadarus dan Khatam Al-Quram Wanita (HELWA)
 

 
 
 
5. Berbuka puasa bersama Celcom
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
6. Sumbangan Fakir miskin
 
 
 
7. Imam jemputan Tarawih
 
 
 
 
8. Imam Palestin
 

 
 
 
 
 


 
 
 9. Qiamulail
 
 
 
10. Kuliah/Tazkirah Subuh
 

 
 
 
11. Majlis Bersahur