JUMAAT, 19 SEPT 14 - Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya menganjurkan program Mini Forum bersama Pencetus Ummah, PU Rahmat dan PU Izzat bertajuk "Solusi keluarga Bahagia". Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Abdullah Zuhrim, Imam 2 Masjid Al-Falah. Majlis yang dimulakan selepas solat Isyak dimulai dengan sesi suaikenal kedua-dua penceramah undangan PU Rahmat & PU Izzat. Pada penghujung majlis, sesi soal-jawab diadakan bagi merungkaikan pelbagai masalah yang diajukan oleh pengunjung pada malam itu. Pu Rahmat turut mempromosikan program Ibadah korban dan Aqiqah yang akan dilaksanakan untuk warga islam di Sudan.

