AHAD, 16 SEPT – Masjid Al-Falah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya dan meraikan Bakal Haji pada penghujung Syawal. Majlis anjuran bersama Surau, UMNO, Badan Khairat Kematian, KRT, KEMAS, PIBG SMK dan SK Taman Desa Jaya bermula selepas solat Maghrib. Marhaban gabungan AJK dan jemaah masjid membuka tirai majlis diikuti dengan kuiz untuk anak-anak tetamu yang hadir. Majlis diteruskan selepas Isyak dengan ucapan aluan oleh Haji Kassim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah dan diikuti dengan pemberian sumbangan kepada bakal-bakal haji. Majlis diselang-selikan dengan persembahan bunga api dan kuiz. Pelbagai hidangan disajikan mengikut gerai yang disumbangkan oleh setiap individu dan institusi. Haji Kassim bin Darim, Pengerusi Masjid Al Falah Taman Desa Jaya mewakili seluruh Jawatankuasa Masjid dalam ucapan ringkasnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf Zahir Batin kepada para jemaah yang hadir.
MASJID
Jumaat, 5 Oktober 2012
Sabtu, 25 Ogos 2012
SELAMAT HARI RAYA
AHAD, 19 OGOS - Sederhana tapi meriah. Itulah suasana yang dirasai dan dinikmati oleh umat Islam di Malaysia amnya dan di Taman Desa Jaya khasnya dalam menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri Minal Aidin Wal Fa'izin. Sejak awal pagi, penduduk kariah Taman Desa Jaya dan sebilangan warga asing berduyun-duyun ke Masjid Al Falah untuk bertakbir, membayar zakat fitrah, menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya mendengar Khutbah Raya. Bermula jam 8.30 pagi, Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dipimpin oleh Ustaz Mohd Syuib Al Hafiz. Haji Kassim bin Darim, Pengerusi Masjid Al Falah Taman Desa Jaya mewakili seluruh Jawatankuasa Masjid dalam ucapan ringkasnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf Zahir Batin kepada para jemaah yang hadir.
Warga asing membayar Zakat Fitrah


Jemaah wanita bermaaf-maafan

Bersalam-salaman memohon kemaafan
Diantara Jawatankuasa Masjid yang hadir menunaikan solat Aidilfitri
Sabtu, 18 Ogos 2012
KHATAM AL-QURAN - LELAKI
SELASA, 14 OGOS - Majlis Khatam Al-Quran lelaki melengkapi takwim Ihya Ramadan Masjid Al Falah Taman Desa Jaya tahun ini. Khatam Al Quran lelaki di adakan selepas selesai solat Tarawih 8 rakaat berjemaah. seramai 20 orang peserta tadarus dan hampir 50 orang jemaah bersama-sama menyertai dan mengiringi majlis Khatam Al- Quran kali ini. Cenderahati diberikan kepada peserta terlibat bagi menghargai komitmen mereka. Majlis diakhiri dengan jamuan malam.
KHATAM AL-QURAN - HELWA
AHAD, 12 OGOS - Biro Helwa menganjurkan Tadarus dan Khatam Al-Quran pada 26 Ramadan 1433H di dewan solat wanita Masjid Al Falah. Majlis yang dimulai pada waktu Dhuha dipimpin oleh Ustazah Hajjah Ruhilla Bt Abdul Rahman, guru mengaji Jabatan Agama Islam Negeri Johor ( JAIJ ). Seramai 40 jemaah wanita menyertai dan mengiringi peserta dalam majlis ini. Diakhir majlis, cenderahati diberikan kepada peserta terlibat.
Selasa, 14 Ogos 2012
QIAMULAIL - MINGGU 3 & 4
AHAD,12 OGOS - Bagi merealisasikan misi mencari dan mengejar Lailatul Qadar, pelbagai program pemantapan rohani diatur olen Masjid Al Falah Taman Desa Jaya. Fasa ketiga Ramadan yang menjanjikan ‘kemerdekaan’ atau terlepas dari api neraka telah berjaya menarik sebahagian jemaah meningkatkan amal ibadah mereka samada melalui iktikaf di Masjid, membaca al quran, berzikir, solat berjemaah mahupun berqiamulail. Pada 23 Ramadan 1433H, Ustaz Syuib Al Hafiz memimpin Qiamulail dan diteruskan oleh Ustaz Azhar b Abdullah dalam menyampaikan tazkirah/kuliah subuh bertajuk ‘Jihad Lailatul Qadar’. Beliau memperincikan kaedah bagaimana cara untuk memperolehi Lailatul Qadar. Semoaga segala usaha dan pengorbanan AJK masjid, Ustaz dan para jemaah berbaloi dengan mendapat apa yang dikejar dan dihajati iaitu Lailatul Qadar ( malam penentuan atau malam keagungan ).
Qiamulail dipimpin oleh ustaz Syuib
Bersahur
ustaz Azhar menyampaikan kuliah subuh
Sabtu, 11 Ogos 2012
IKTIBAR BADAR KUBRA
JUMAAT, 10 Ogos - Biro Pendidikan Dan Dakwah Masjid Al Falah meneruskan Program Ramadan 1433H dengan menjemput Ustaz Dr Mohd Azhar Bin Abdullah ( Pensyarah Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (KIAS) Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan untuk berkongsi ilmu dalam Tazkirah Tarawih. Ustaz telah menyentuh mengenai kepatuhan baginda Nabi dan para sahabat dalam mentaati perintah ALLAH SWT semasa menempuh peperangan Badar. Kemenangan Islam dalam peperangan Badar dalam bulan Ramadan patut dijadikan iktibar kepada umat Islam zaman sekarang untuk mencontohi pengorbanan mereka. Diakhir tazkirah, Ustaz meceritakan mengenai Saad bin Muaz yang difitnah didalam kubur ( diseksa dalam kubur ) walaupun mati dalam keadaan syahid. Renung-renungkan lah.
RAMADAN BERSAMA HUFFAZ DARI PALESTIN,SOMALIA DAN SYRIA
RABU, 8 Ogos - Masjid Al Falah menerima kunjungan Al Sheikh Zohir Kabaha, Imam dari Palestin yang dibawa khas oleh Biro Haluan Palestin, Biro Misi Kemanusiaan ( Haluan Malaysia ) bertujuan mengumpul dana dan memohon sumbangan rakyat Malaysia amnya dan jemaah masjid kariah Taman Desa Jaya khasnya. Al Sheikh dan rombongan sudi menerima jemputan berbuka puasa bersama jawatankuasa Masjid Al Falah dan seterusnya memimpin solat Maghrib, Solat Isyak, Solat Tarawih dan Witir berjemaah.
Beliau juga menyampaikan tazkirah dipertengahan waktu solat Tarawih bertujuan memberi kesedaran kepada para jemaah mengenai betapa bertuah dan beruntungnya kehidupan rakyat di Malaysia berbanding kesengsaraan yang perlu dilalui oleh rakyat mereka di bumi Palestin. Menyelami pengalaman pahit beliau dan rakyat Palestin ditindas oleh rejim Yahudi Israil seharusnya menjadikan kita insan yang sentiasa bersyukur. Diakhir majlis, pihak Haluan Malaysia menyampaikan cenderahati kepada Hj Salikin bin Mis, mewakili Masjid Al Falah Taman Desa Jaya.
Khamis, 9 Ogos 2012
SEMARAK RAMADAN - HELWA
Ahad, 5 Ogos 2012 - Biro Helwa telah mengadakan program Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Tasbih dan Zikir Taubat / Munajat. Program telah dipimpin oleh Ustaz Mohamad Syuaib Al Hafiz ( Bekas Imam Masjid Al Falah, Taman Desa Jaya ). Selain menunjukkan kaedah yang betul dalam menunaikan rentetan Solat sunat tersebut, Ustaz Mohamad Syuaib turut mencetuskan rasa keinsafan melalui Zikir Taubat & zikir Munajat yang disampaikannya. Program ini mendapat sambutan dari hampir 80 orang jemaah dan muslimah penduduk tempatan. Semoga program ini diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.
Isnin, 6 Ogos 2012
TADARUS TADIKA
KHAMIS, 2 OGOS - Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran Tadika Agama Johor Daerah Johor Bahru bersama masyarakat telah dianjurkan di Masjid Al Falah Taman Desa Jaya oleh Jabatan Pendidikan Agama Negeri Johor.. Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Fauzi Bin Haji Arshad, Pegawai Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru. Sebanyak 20 buah Tadika Agama Johor mengambil bahagian dalam acara ini. Setiap Tadika dibahagikan kepada beberapa Juzu' Al Quran untuk dibaca ( Tadarus )
sehingga Khatam. Pemyampaian sumbangan fakir miskin Taman Desa Jaya dan pemyampaian sijil dan cenderahati kepada Pengerusi Masjid Al Falah dan PPD mengakhiri majlis ini.
QIAMULAIL - MINGGU 2
AHAD, 5 OGOS - Bagi meneruskan aktiviti penghayatan bulan Ramadan, Masjid Al Falah Taman Desa Jaya menjemput Al Ustaz Professor Dr. Muhammad Lukman Bin Ibrahim ( Pensyarah Taranum, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ( juga merupakan juara Kalam Suci Astro Oasis 2009 ) memimpin program Qiamulail dan seterusnya menyampaikan kuliah subuh. Dalam kuliahnya beliau manyeru umat islam agar menghayati dan mengenangkan kembali kegemilangan islam di zaman nabi dan para sahabat. Kemenangan Islam dalam peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan perlu dijadikan iktibar bahawa bulan Ramadan tidak sepatutnya dijadikan alasan kelemahan umat Islam.
“semua peperangan yang berlaku di dalam bulan Ramadan dimenangi oleh orang islam,” . Sebagai mengakhiri kuliah, Al Ustaz menegaskan “ Bulan Ramadan sepatutnya menjadi bulan kekuatan bagi umat islam dan bukannya bulan kemalasan dan keletihan.
Langgan:
Catatan (Atom)























