AHAD,12 OGOS - Bagi merealisasikan misi mencari dan mengejar Lailatul Qadar, pelbagai program pemantapan rohani diatur olen Masjid Al Falah Taman Desa Jaya. Fasa ketiga Ramadan yang menjanjikan ‘kemerdekaan’ atau terlepas dari api neraka telah berjaya menarik sebahagian jemaah meningkatkan amal ibadah mereka samada melalui iktikaf di Masjid, membaca al quran, berzikir, solat berjemaah mahupun berqiamulail. Pada 23 Ramadan 1433H, Ustaz Syuib Al Hafiz memimpin Qiamulail dan diteruskan oleh Ustaz Azhar b Abdullah dalam menyampaikan tazkirah/kuliah subuh bertajuk ‘Jihad Lailatul Qadar’. Beliau memperincikan kaedah bagaimana cara untuk memperolehi Lailatul Qadar. Semoaga segala usaha dan pengorbanan AJK masjid, Ustaz dan para jemaah berbaloi dengan mendapat apa yang dikejar dan dihajati iaitu Lailatul Qadar ( malam penentuan atau malam keagungan ).
Qiamulail dipimpin oleh ustaz Syuib
Bersahur
ustaz Azhar menyampaikan kuliah subuh
Assalmualaikum..
BalasPadamAlhamdulillah begitu 'meriah' Masjid Al-Falah pada bulan Ramadhan ini..
Namun saya ada sedikit kemusykilan berkenaan Hadis kelebihan solah sunat Tarawikh yang dibacakan pada tiap-tiap malam.
Berikut adalah sebahagian petikan artikel yang saya terima beberapa tahun lepas
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadith tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam Ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadith yang dimaksudkan itu ialah satu hadith yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Saidina Ali RA
....Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air tentang kedudukan hadith ini, dari manakah ia diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadith seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadith lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadith palsu (Maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadith ini.
Ini menunjukkan bahawa hadith ini merupakan satu hadith yang baru diada- adakan sehingga ulama'-ulama' hadith dahulu yang menulis tentang hadith maudhu' pun tidak mengetahui akan wujudnya hadith ini.
Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawikh dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya.
Dengan tersebarnya hadith-hadith palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadith Rasulullah SAW yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama'-ulama' kita dahulu.
Rasulullah SAW telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya:
"Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka."(Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim)
.....
Diantara ciri-ciri hadith maudhu' (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad SAW atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadith-hadith sahih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad SAW dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadith-hadith sahih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadith ini,ia dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadith telah mengatakan bahawa hadith-hadith yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya adalah palsu..."
Diharap pihak Masjid teliti dan memberi respond kepada isu ini..
wassalam...
Kesahihan artikel tersebut terdapat didalam:
Padamhttp://soaljawabquranhadis.blogspot.com/2008/12/hadis-palsu-kelebihan-solat-tarawih.html
Sumber artikel:
Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Sumber rujukan: JAIS; Sinar Ramadhan:: Hadith Palsu Kelebihan Sunat Tarawih & Portal JAKIM; Mufti Terengganu:: Kepalsuan Hadis kelebihan Tarawih