Majlis Sambutan Hari Raya Aidlifitri 2015 dan Meraikan Bakal-Bakal Haji diadakan pada hari Jumaat, 14 Ogos 2015M bersamaan 29 Syawal 1436H. Sebanyak 38 Gerai dengan pelbagai sajian disediakan melalui sumbangan kewangan dan hidangan oleh beberapa individu, Persatuan, Kesatuan, Kumpulan, Syarikat, Pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Seramai 6 orang bakal haji turut diraikan pada majlis ini. Tuan Haji Rawan mempengerusikan Majlis Sambutan ini menggantikan Tuan Haji Kasim Bin Darim yang sakit. Majlis ini menjadi lebih istimewa kerana turut dihadiri oleh penduduk Taman Desa Jaya berbangsa Cina dan India. Persembahan Nasyid dan kehadiran 80 sukarelawan dari UITM Pasir Gudang memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan