MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Isnin, 2 Mac 2015

LAWATAN KE DARUL BARAKAH

               IPOH - Seramai 45 orang Jemaah kariah Taman Desa Jaya dan Ehsan Jaya menyertai lawatan ke Darul Barakah, Kampung  Sungai Tapah, Ipoh, Perak pada 14 Februari 2015. Lawatan bermula dari Masjid Al-Falah pada jam 9.45 malam dan sampai ke RTC Tapah jam 5.00 Subuh. Selepas solat Subuh, peserta dibawa ke  kediaman YAB Menteri Besar Perak untuk mengikuti kuliah bulanan yang di sampaikan oleh Datuk Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz. Sebanyak 24 buah bas dari seluruh semenanjung hadir untuk mengikuti kuliah bulanan ini.  
            Jamuan makan tengahari diadakan oleh Menteri Besar Perak di kediamannya  selepas selesai kuliah tersebut. Para peserta kemudian dibawa melawat Pusat Pendidikan Darul Barakah yang dikendalikan oleh Datuk Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz. Peserta mula berangkat balik ke Johor Bahru mulai jam 4.00 petang dan sampai ke pekarangan Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya pada jam 11.45 malam. Kesemua peserta merasa seronok dan berpuas hati dengan program lawatan ilmiah ini dan mencadangkan agar lawatan ini dijadikan acara tahunan Program Masjid Al-Falah pada masa akan datang.
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan