Dari Ibnu
Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa pada
hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala
10,000 malaikat dan Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram)
maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala
orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada
hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu
derajat. Dan Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa
pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada
seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut
mereka.”
Lalu para
sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : ” Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah
melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?”. Maka berkata Rasulullah
S.A.W : ” Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari
Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari
Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi
Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari
api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir’aun pada hari
Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T
menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi
Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga
pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan