MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Isnin, 25 Ogos 2014

SAMBUTAN HARI RAYA DAN MERAIKAN BAKAL HAJI

JUMAAT, 22 OGOS - Kemakmuran Malaysia dapat dibuktikan dengan beberpa siri Majlis Sambutan Hari Raya Eidul Fitri yang diadakan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan, swasta, individu, Syarikat, NGO, institusi pendidikan dan sebagainya secara berterusan sepanjang bulan Syawal 1435H ini.
                        Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya tidak terkecuali apabila turut  menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya dan meraikan 10 orang bakal haji dari kalangan penduduk kariah Taman Desa Jaya dan setempat. Sebanyak 25 buah gerai menyediakan pelbagai juadah seperti Sate, Ayam Golek, Mee Rebus, Mee Kari, Laksa, Burger, Oblong, Nasi Lemak, Roti Jala, Ubi Rebus, Kacang Rebus, Nasi Kerabu, Jagung Cawan, Otak-Otak, Ketupat Rendang, Aneka Mee, Rojak, Roti Canai, Soto, Kuih-Muih, Buah-Buahan, Aneka air minuman, Cendol dan ABC. Setiap gerai disumbangkan oleh samada oleh orang perseorangan, Syarikat, Kumpulan Yassin mahupun NGO.
                           Majlis dimulai dengan bacaan doa dan diikuti oleh ucapan aluan Pengerusi Masjid Al-Falah, Tuan Haji Kasim Bin Darim dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada 10 bakal haji. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan nasyid oleh kumpulan pelajar Sekolah Taman Puteri Wangsa.
                           Sambutan dan kehadiran menggalakkan yang dizahirkan oleh para tetamu beserta ahli keluarga masing-masing melambangkan ikatan silaturahim yang terjalin dikalangan jemaah dan penduduk di Kariah Taman Desa Jaya dan sekitar amat erat dan mesra.
 















 





 
































 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan