SELASA - Seluruh umat Islam di Malaysia meraikan Sambutan Hari Raya I'dul Adha pada 15 Oktober 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434H. Takbir Raya berkumandang dicorong pembesar suara Masjid Al-Falah seawal jam 7.00 pagi. Tuan Haji Kasim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah menyampaikan ucapan ringkas sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada para Jemaah yang hadir untuk menunaikan Solat Sunat I'dul Adha. Al-Ustaz Abdullah Zuhrim Bin Mamat Imam 2 Masjid Al-Falah mengimamkan Solat Sunat I'dul Adha pagi ini. Sambutan diteruskan satu jam kemudian dengan aktiviti korban menyembelih 9 ekor lembu dan 1 ekor kerbau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan