AHAD, 19 OGOS - Sederhana tapi meriah. Itulah suasana yang dirasai dan dinikmati oleh umat Islam di Malaysia amnya dan di Taman Desa Jaya khasnya dalam menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri Minal Aidin Wal Fa'izin. Sejak awal pagi, penduduk kariah Taman Desa Jaya dan sebilangan warga asing berduyun-duyun ke Masjid Al Falah untuk bertakbir, membayar zakat fitrah, menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya mendengar Khutbah Raya. Bermula jam 8.30 pagi, Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dipimpin oleh Ustaz Mohd Syuib Al Hafiz. Haji Kassim bin Darim, Pengerusi Masjid Al Falah Taman Desa Jaya mewakili seluruh Jawatankuasa Masjid dalam ucapan ringkasnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf Zahir Batin kepada para jemaah yang hadir.
Warga asing membayar Zakat Fitrah
Jemaah wanita bermaaf-maafan
Bersalam-salaman memohon kemaafan
Diantara Jawatankuasa Masjid yang hadir menunaikan solat Aidilfitri