Pada 28 Feb 2012 jam 1245 petang, Pengerusi Masjid Al Falah, Tuan Haji Kasim bin Darim bersama Pengerusi Biro Kebajikan Sosial Dan Kebudayaan, Tuan Haji Mohd Suremi bin Rasiden serta En Abd Razis bin Hj Omar telah menziarah Ustaz Mohd Nasruddin bin Mohajir di wad Barat 2 katil 59 HSA. Ustaz Mohd Nasruddin telah di masukkan ke HSA sejak 27 Feb 2012 akibat kemalangan jalan raya pada 27.02. 12 lebih kurang jam 1.00 ptg berhampiran Taman Seri Bahagia Jalan Tampoi.. Akibat kemalangan tersebut kaki kiri beliau telah cedera. Seluruh Jawatankuasa Masjid mendoakan agar Ustaz segera sembuh.....Amin !!!
Kelihatan dalam gambar - Tuan Hj Mohd Suremi menyampaikan sumbangan kepada
Ustaz Mohd Nasruddin bagi pihak masjid Al Falah diperhatikan Tuan Haji Kasim .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan