MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Selasa, 14 Februari 2012

Maulidur Rasul
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari  ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan
Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.
Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Etimologi Terdapat juga pelbagai nama disebut dalam bahasa lain bagi Maulidur Rasul.
Nama lain bagi Maulidur Rasul. -  Nama Bahasa  - Maksud
Mawlid an-Nab  :  -  Arab -  "Kelahiran Nabi"
Mevlid-i :erif          -  Turki -  "Kelahiran yang dirahmati"
Mevlud /Mevlid   :-  Bosnia -  "Kelahiran"
Mawl   : d-e Sharif  - Urdu - Kelahiran yang dirahmati
Zadruz-e Payambar-e Akram  - Parsi -  "Kelahiran yang agung/yang dirahmati"
Mawlid en-Nabaoui Echarif  : - Arab Algeria - Kelahiran Nabi yang dirahmati"
el Mled (en-Nabawi)/M ; led en-Nabi    -  Arab Mesir -  "Kelahiran (Nabi)/Kelahiran Nabi"
Maulidur-Rasul  ;   Melayu  -- "Kelahiran pesuruh Allah"
Mulud     :              -  Jawa  -   "Kelahiran"
Maulid Nabi   :       - Indonesia -  "Kelahiran Nabi"
Maulud Nabi    ;  -  Malaysia  -    "Kelahiran Nabi"
Meeladu Nabi   : -  Sri Lanka, India - "Kelahiran Nabi"
Nabi/Mahanabi Jayanti  - Sanskrit dan India - Kelahiran Nabi (yang agung)"
Waktu Maulidur Rasul  jatuh pada Rabiulawal setiap tahun. Menurut fahaman Syiah, hari tersebut jatuh pada 17 Rabiulawal serentak dengan hari kelahiran Imam keenam iaitu Ja'far al-Sadiq dan kelahiran Nabi Muhammad dan bagi Sunni pula jatuh pada 12 Rabiulawal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan