AWAL MUHARRAM - Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor 1436H dengan tema ' Perpaduan Nadi Transformasi Negara' diadakan di Dewan Besar Pusat Islam Negeri Johor. Pelbagai aturcara diadakan diantaranya persembahan Selawat, Nasyid, Ceramah Maal Hijrah oleh Yang Berbahagia Ustaz Kazim Bin Elias dan diakhiri dengan penyampaian Anugerah Surau dan Masjid Cemerlang Peringkat Negeri Johor 1436H.
Tahniah kerana Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya diumumkan sebagai pemenang tempat kedua kategori Masjid Cemerlang Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2014. Johan Masjid Cemerlang ialah Masjid Ungku Ahmad dari Batu Pahat. Tuan Haji Kassim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya mewakili Masjid menerima Anugerah daripada Yang Berhormat Dato' Seri Hj. Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor.
MASJID
Selasa, 4 November 2014
MAAL HIJRAH 1436H
1 Muharram - Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya meraikan kehadiran 1 Muharram/Maal Hijra 1436H dengan mengadakan sesi bacaan doa Akhir tahun 1435H, solat Maghrib berjemaah, Doa Awal tahun 1436H, tazkirah Maal Hijrah oleh Ustaz Abdullah Zuhrim, Imam 2 Masjid Al-Falah, solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan malam. Pengerusi dan jawatankuasa Masjid Al-Falah mengambil kesempatan disini mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah 1436H..
Sabtu, 1 November 2014
SEPETANG BERSAMA USTAZ KAZIM ELIAS
24 Okt 14 - Sempena Sambutan Maal Hijrah 1436H, Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya menjemput yang berbahagia Ustaz Kazim Bin Elias menyampaikan ceramah berkaitan Hijrah dalam Program 'Jom Sepetang bersama Ustaz Kazim Elias'. Walaupun dalam keadaan panas terik, majlis yang diadakan selepas solat Jumaat tetap mendapat sambutan hangat bukan saja dari penduduk kariah Taman Desa Jaya malah dari luar kariah seperti Pasir Gudang, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Dalam ceramahnya, Ustaz Kazim menyarankan agar kita sentiasa berhijrah Iman, Ilmu dan Akhlak. Hampir 3000 pengunjung menzahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan penganjuran kali ini kerana selain mendapat 'input' yang baik dan bermanfaat dari ustaz malah dapat melihat secara lebih dekat ustaz kesayangan mereka.































Langgan:
Catatan (Atom)


























































