MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Ahad, 7 Oktober 2012

KUNJUNGAN DIRAJA


JUMAAT, 5 OKTOBER - Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim  yang dilantik sebagai Pemangku Raja Johor selama ketiadaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, di negeri ini, telah berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Falah hari ini. Turut hadir mengiringi dan bersama-sama menunaikan Solat Jumaat ialah Datuk Seri Mohd Nooh Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Sohibus Samahah DatoHj. M.Tahir b DatoKiyai Haji Samsudin, Mufti Negeri Johor, YB Datuk Hj Maulizan b Bujang, ADUN Tiram, Tuan Haji Amran B A.Rahman, Pegawai Daerah Negeri Johor,  pegawai-pegawai kerajaan, Imam-Iman, Penghulu, Ketua Kampung, para jemaah kariah Taman Desa Jaya dan penduduk sekitar.

Tunku Idris Iskandar, 24, merupakan anakanda ketiga Sultan Ibrahim diisytihar sebagai Tunku Temenggong pada 26 Februari 2010 oleh ayahandanya, semasa baginda bertitah pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Sultan Abu Bakar.

Pengerusi Masjid Al-Falah, Tuan Haji Kassim B Darim dan Jawatankuasanya mengucapkan jutaan terima kasih dan merafaqkan rasa kesyukuran diatas kesudian Tunku Idris dan tetamu terhormat  menunaikan solat Jumaat di sini.







Sabtu, 6 Oktober 2012

ANUGERAH MASJID CEMERLANG

RABU, 3 OKTOBER - 'Sukacita dimaklumkan Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya telah terpilih tempat PERTAMA sebagai Masjid Cemerlang bagi Daerah Johor Bahru,' demikian bunyi ayat yang terkandung dalam surat penghargaan yang ditandatangani oleh Haji Ahmad Hanif bin Naim, Kadi Daerah Johor Bahru bertarikh 3 Oktober 2012 bersamaan 17 Zulkaedah 1433H.
Tahniah diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Masjid Al-Falah, pegawai masjid dan pekerja am yang memungkinkan impian ini menjadi kenyataan. Terima kasih juga kepada semua para jemaah, ahli kariah penduduk Islam Taman Desa Jaya dan sekitar, badan pertubuhan sukarela dan lain-lain yang bersama-sama menabur bakti dan mengimarahkan Masjid Al-Falah.

PENILAIAN MASJID CEMERLANG

ISNIN, 24 SEPT - MasjidAl-Falah diumumkan sebagai salah satu daripada 7 buah Masjid yang dicalonkan sebagai Masjid Cemerlang Peringkat Daerah Johor Bahru. Sehubungan itu, seramai 6 ahli panel penilai mewakili Jabatan Agama Islam Negeri Johor ( JAIJ ) berkunjung membuat tinjauan dan penilaian terperinci bagi menentukan kelayakan dan kedudukan Masjid Al Falah sebagai calon Masjid Cemerlang. Panel penilai diketuai oleh Haji Hussin b Sakiman ( JAIJ ) dan dibantu oleh Imam Mohd Zamri b Ramli ( Pejabat Kadi ), Ustaz Haji Abdul Aziz b Naemat ( Pejabat Kadi ), En. Ahmad Jupri b Hj Lewan ( Unit Zakat ), En Yaakub b Sakar ( Unit Pembangunan JAIJ ) dan  Imam Muhammad Zaidi b Saman ( Pembantu Hal Ehwal Islam J.Bahru ). Turut hadir ialah Haji Nasir b Syukur, Pengerak Masjid DUN Tiram dan semua ketua biro Masjid Al Falah.
Majlis dimulai dengan bacaan doa diikuti ucapan aluan oleh Haji Nasirb Syukur, ucapan  Pengerusi Masjid Al Falah, Hj. Kassim bin Darim dan disusuli taklimat ringkas oleh Ketua Panel Penilai.
Kesemua ketua biro dan wakil ditemu bual oleh panel penilai bagi mendapatkan maklumat, laporan dan program aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakn oleh setiap biro. Majlis diakhiri dengan sesi lawatan ke pejabat operasi Masjid Al Falah dan sesi bergambar.




























GOTONG-ROYONG PERDANA


AHAD, 23 SEPT Dalam usaha meningkatkan kebersihan dan keceriaan persekitaran Masjid Al-Falah maka satu aktiviti gotong–royong perdana diadakan. Bagi menarik penglibatan masyarakat setempat, Jawatankuasa Masjid Al-Falah turut menjemput semua penduduk islam di Taman Desa Jaya dan sekitar, badan-nadan pertubuhan sukarela, Jawatankuasa Surau Al Hafidz,  JK Surau Al-Multaqa, JK Surau AL-Ihsan, JK Surau Sri Orkid, UMNO, KEMAS, PIBG SK dan SMK Taman Desa Jaya, KRT,  Kumpulan Yassin, HELWA, pihak MDJBT dan lain-lain untuk bersama-sama berganding bahu menjayakan aktiviti ini. Alhamdulillah, program dan aktiviti ini mendapat sokongan positif dari mereka yang terlibat samada secara individu atau berkumpulan. Program dan aktiviti Gotong-Royong Perdana ini dirancang dan dijadualkan oleh pihak Jawatankuasa Masjid Al-Falah untuk diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.  Insyallah.