Assalamualaikum WBT
Kepada Semua Anggota Koperasi
dan Warga Kariah Masjid Taman Desa Jaya,
Koperasi Kariah Masjid Taman Desa Jaya Johor Bahru Berhad
akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Pertama pada :-
HARI : AHAD
TARIKH : 20 MEI 2012
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN KULIAH MASJID AL FALAH TAMAN DESA JAYA.
Semua dijemput hadir.
Terima kasih.
MASJID
Sabtu, 19 Mei 2012
Isnin, 14 Mei 2012
CERAMAH AGAMA - HARI IBU
Sabtu - Masjid Al Falah menganjurkan Program Ceramah Agama sempena sambutan Hari Ibu pada 12 Mei 2012 bersamaan 20 Jamadilakhir 1433H. Majlis bermula selepas solat Isyak berjemaah dengan bacaan doa oleh Uztaz Abdullah Zuhrim bin Mamat dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Hj Kassim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al Falah Taman Desa Jaya. Buat julung kalinya Anugerah Ibu Mithali sempena hari Ibu diadakan. Puan Hajjah Siti Zaleha binti Ahmad dari Zon Permatang telah diumumkan sebagai Ibu Mithali tahun 2012 bagi Kariah Masjid Al Falah Taman Desa Jaya. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM 300.00 dan sijil penghargaan. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Masjid. Acara kemuncak program ialah Ceramah Agama Hari Ibu ( Ibuku Duniaku ) yang disampaikan oleh Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria dari IBS Excel Trainning & Consultancy. Majlis diselitkan juga dengan jualan sekuntum bunga hidup khas untuk para ibu. Dalam ceramahnya, Ustazah mengingatkan anak-anak dan para suami agar menghargai jasa dan pengorbanan ibu. Ustazah juga memberikan beberapa tip kecemerlangan keluarga. Sambutan yang menggalakkan dari para hadirin, jemaah dan penduduk setempat memungkinkan Jawatankuasa Masjid Al Falah menganjurkan pula ceramah agama sempena “ Hari Bapa ” yang biasanya diraikan pada hari Ahad minggu ketiga setiap bulan Jun.
Ahad, 13 Mei 2012
DOA SELAMAT
Sabtu- Puan Hajjah Faridah Binti Aman, salah seorang ahli Kumpulan Qiraatil-Quran mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat di Bilik Mesyuarat Masjid Al Falah Taman Desa Jaya pada 12 Mei 2012 bersamaan 20 Jamadilakhir 1433H. Majlis diadakan bagi mengiringi keberangkatan beliau ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah selama 12 hari mulai 18 Mei 2012 hingga 29 Mei 2012. Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat dipimpin oleh Ustazah Hajjah Ruhila Binti Hj Abdul Rahman, guru mengaji Qiraatil-Quran Masjid Al Falah Taman Desa Jaya. Majlis dimulai dengan Zikir Munajat dan diakhiri dengan ucapan terima kasih dan permohonan maaf oleh Hajjah Faridah. Pengerusi dan AJK Masjid, ahli Kumpulan Qiraatil-Quran, sahabat-handai dan jiran-tetangga mendoakan agar Hajjah Faridah dan keluarga selamat berangkat dan selamat kembali ke tanahair selain memperoleh Umrah yang Mabrur. - Insyallah -
Langgan:
Catatan (Atom)

