Jumaat 16 September 2011, Biro Kebajikan, Sosial & Kebudayaan diketuai oleh Haji Mohd Suremi b Hj Rasidan dan beberapa orang jawatankuasa Masjid menziarah En Ja'amat Bin Masid yang mengalami kemalangan pada 26 Ogos yang lepas. Ziarah dilakukan di rumah beliau di No 38 Jalan Danau 37. Kemalangan berlaku sekitar jam 4.00 petang di Jalan Anggerik , Taman Johor Jaya ketika beliau sedang menonggang motosikalnya yang tiba-tiba terhenti dan terus tergelincir masuk longkang sedalam 5 kaki. Akibatnya, tangan kanan beliau patah dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail selama 1 hari untuk disimin. En Ja'amat akan menjalani pemeriksaan doktor untuk kali kedua pada 04.10.2011. Pihak Masjid Al Falah menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan penderitaan yang dialami En Jaamat sekeluarga. Seluruh jawatankuasa Masjid Al Falah mendoakan agar En Ja'amat cepat sembuh dan lebih berhati-hati ketika menonggang motosikal pada masa akan datang.
MASJID
Selasa, 20 September 2011
PROGRAM ZIARAH PESAKIT - 1

ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT
Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah) :
1. Mendo'akan pesakit agar lekas sembuh.
2. Memberi nasihat agar bersabar dan tabah.
3. Menyampaikan ucapan yg baik yg dapat menghiburkan hati pesakit dan menguatkan jiwanya.
Cth ucapan: "Tidak apa-apa InsyaAllah lekas sembuh."
4. Pendekkan waktu ziarah.
5. Menjarangkan waktu ziarah agar tidak menyulitkan pesakit (kecuali pesakit mengkehendaki sebaliknya).
6. Wanita boleh menziarahi lelaki.
Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yg demam panas.
7. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam.
Dalil: AlBukhari meriwayatkan dlam bab menjenguk orang musyrik.
8. Ketika berada di sisinya sentuhlah tangan, dahi dan tanyalah keadaan dia sekarang nih.
9. Ceritakan ttg kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi supaya pesakit tak resah.
10. Sunat dibacakan doa ini : "Ya ALLAH, hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia
sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dari MU jua,
sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit" Riwayat at-Tirmizi.

Rabu, 7 September 2011
Isnin, 5 September 2011
Islam telah memberikan beberapa garis panduan yang sewajarnya menjadi amalan umat Islam dalam menghadapi kemeriahan berhari raya. Antara amalan sunat yang dianjurkan untuk menjadi amalan menjelang hari raya ialah:
1 ) Bertakbir dan bertahmid kepada Allah bermula dari waktu terbenam matahari malam hari raya sehingga
imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang hari raya. Firman Allah : "Dan hendaklah kamu
mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan
kepadamu, supaya kamu bersyukur" (Surah al-Baqarah :185)
2 ) Mandi sunat di pagi hari raya
3 ) Memakai pakaian baru atau bersih
4 ) Memakai wangi-wangian dan menghilangkan segala bau yang tidak elok
5 ) Memohon kemaafan dan keampunan kepada dua ibubapa, suami atau isteri dan ahli keluarga yang lain
6 ) Makan sedikit sebelum ke masjid dan melalui jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari masjid
7 ) Solat Sunat Hari Raya
8 ) Ziarah menziarahi dan sebagainya. Ketika sedang gembira berhari raya, jangan dilupa pada golongan

yang memerlukan Amalan bersedekah merupakan cara terbaik sebagai tanda kesyukuran di atas segala
nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Selain daripada itu, dalam kesibukan membuat persiapan menghadapi hari raya , perlu dielakkan campuraduk antara amalan-amalan yang baik dengan perkara yang ditegah. Di antaranya pembaziran dalam penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan daripada berlaku.

Perkara-perkara maksiat yang ditegah oleh syara' mestilah dijauhi dan janganlah melakukan perlanggaran batas-batas agama. Umat Islam juga perlulah menjaga adab sopan ketika ziarah menziarahi sanak saudara.
Di antaranya ialah dengan memilih waktu yang sesuai untuk berziarah. Apa yang diharapkan, hari raya bukan semata-mata hari untuk bergembira tetapi yang lebih penting dan utama ialah mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.

" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "
Rabu, 24 Ogos 2011
PROGRAM RAMADAN 1432H - MAJLIS TADARUS & KHATAM AL-QURAN PERDANA
Semua peserta yang terlibat dengan Tadarus Al Quran dihadiahkan cenderahati kerana komitmen dan keikhlasan mereka bertadarus sejak awal Ramadan lagi. Majlis diakhiri dengan jamuan makan.
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN / BANTUAN
Yang Berhormat Datuk Hj. Maulizan Bin Bujang ( Adun Tebrau ) telah menyampaikan bantuan kewangan sebanyak Rm 350.00 kepada setiap surau & masjid yang berada dalam kawasan Parlimen Tebrau.
“ Walaupun Jumlahnya tidak banyak, Sekurang
-kurangnya ia dapat digunakan oleh pihak jawatankuasa surau & masjid untuk membayar bil air dan elektrik” ujar beliau.
Kesemua penerima ( Pengerusi dan Imam ) merasa bersyukur dan gembira dengan pemberian yang diperolehi lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.
PROGRAM RAMADAN 1432H - MAJLIS TADARUS & KHATAM AL-QURAN
Ahad 21 Ogos 2011, Biro Helwa menganjukan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran di Dewan Serbaguna Masjid Al Falah. Tadarus yang dimulakan pada jam 10.00 pagi telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyelesaikan juzuk yang telah ditetapkan. Seramai 15 orang muslimah telah khatam Al Quran pada majlis yang dipimpin oleh Ustazah Hajjah Jamilah.
PROGRAM RAMADHAN 1432H - KULIAH DHUHA
Ahad 21 Ogos 2011, Biro Helwa mengadakan program Kuliah Dhuha bersama Ustaz Dr Mohd Azhar Bin Abdullah ( Pensyarah Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (KIAS) Kota Bharu. Sebelum memulakan kuliah, Ustaz meminta Muslimah yang hadir untuk berzikir Munajat dan memohon keampunan daripada ALLAH SWT.
Ustaz Dr Mohd Azhar memilih tajuk ‘Aurat Lelaki & Wanita ’ memandangkan beliau membuat tesis mengenainya. Pelbagai soalan dikemukakan oleh Muslimah bagi mendapatkan kepastian mengenai sesuatu isu berkaitan aurat dan persoalan am. Isu aurat dalam Kuliah Dhuha yang disampaikan amat telus dan perlu diamalkan oleh setiap muslimin mahupun muslimat dalam menjalani kehidupan seharian.
PROGRAM RAMADAN 1432H - KULIAH SUBUH
Ahad 21 Ogos 2011, Biro Pendidikan Dan Dakwah Masjid Al Falah meneruskan Program Ramadan 1432 H dengan menjemput Ustaz Dr Mohd Azhar Bin Abdullah ( Pensyarah Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (KIAS) Kota Bharu untuk berkongsi ilmu dalam Kuliah Subuh. Ustaz telah menyentuh mengenai kedasyatan Hari Kiamat dan cara–cara membuat persediaan menghadapinya. Beliau mengupas bagaimana kaedah terbaik mencari Lailatul Qadar dan amalan pada 10 hari terakhir Ramadhan.
Ustaz mengingatkan “mereka yang terkeluar dari Lailatul Qadar ialah 4 golongan yang tiada diampunkan dosanya," iaitu :-
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
3. Orang yang memutuskan silaturahim dan
4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari. Semoga kita semua tidak tergolong bersama mereka yang disebutkan itu.
“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar
pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”
-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.
PROGRAM RAMADAN 1432H - QIAMULLAIL & BERSAHUR
Ahad 21 Ogos 2011, Sepanjang bulan Ramadan Masjid Al Falah mengusahakn pelbagai aktiviti dan Program bagi mengimarahkan masjid disamping meraih keberkatan di bulan yang mulia ini.
Diantara Aktiviti yang dijalankan ialah program Qiamullail bersama Ustaz Mohamad Syuaib Al Hafiz ( bekas imam masjid Al Falah Taman Desa Jaya ). Ustaz telah memimpin jemaah menunaikan Solat Taubat, Solat Tahajjud & Solat Hajat di samping Zikir Munajat & Asma Al Husna.Selepas bersahur majlis diteruskan dengan Solat & kuliah subuh
Firman Allah Taala :
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
(الإسراء : 79)
Maksudnya : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam
serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya,
serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya,
sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
MAJLIS SUMBANGAN FAKIR MISKIN
Khamis 18 Ogos 2011, Masjid Al Falah mengadakan majlis penyerahan sumbangan / zakat kepada fakir miskin yang menetap dalam kariah Taman Desa Jaya. Seramai 50 orang penerima yang layak terdiri daripada fakir , miskin, ibu tunggal, anak yatim & orang kurang upaya telah menghadirkan diri mendengar taklimat ringkas dan seterusnya menerima sumbangan dari Masjid Al Falah Taman Desa Jaya.
Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban & kekangan kewangan para penerima dan bersama-sama merasai kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
PROGRAM RAMADAN 1432 H – BIRO HELWA
Ahad 14 Ogos 2011, Biro Helwa telah mengadakan program Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Tasbih. dan Zikir Taubat / Munajat. Program telah dipimpin oleh Ustaz Mohamad Syuaib Al Hafiz ( Bekas Imam Masjid Al Falah, Taman Desa Jaya ).
Selain menunjukkan kaedah yang betul dalam menunaikan rentetan Solat sunat tersebut, Ustaz Mohamad Syuaib turut mencetuskan rasa keinsafan melalui Zikir Taubat & zikir Munajat yang disampaikannya. Program ini mendapat sambutan dari hampir 100 orang muslimah penduduk tempatan. Semoga program ini diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.
PROGRAM RAMADAN 1432 H
Sabtu,13 Ogos 2011, Biro Pendidikan dan Dakwah Masjid Al
Falah telah mengaturkan program Ramadan 1432H Seperti solatwaktu berjemaah, Majlis Berbuka Puasa, Solat Tarawih, Qiamullail dan Kuliah Subuh yang di pimpin Oleh Al Ustaz Dr. Muhammad Lukman Bin Ibrahim ( Pensyarah Taranum, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Al Ustaz yang memiliki Ijazah PhD Taranum pertama di Malaysia juga merupakan juara Kalam Suci Astro Oasis 2009.
Semasa kuliah subuh, beliau menyeru agar kita sentiasa bersederhana dan berpada-pada dalam melakukan aktiviti harian seperti nyanyian, makan dan minum. Beliau menyambung ,“semua peperangan yang berlaku di dalam bulan Ramadan dimenangi oleh orang islam,” . Sebagai mengakhiri kuliah, Al Ustaz menegaskan “ Bulan Ramadan sepatutnya menjadi bulan kekuatan bagi umat islam dan bukannya
bulan kemalasan dan keletihan,".
MESYUARAT JAWATANKUASA BARU ( 2011 – 2013 )
Jumaat, 12 Ogos 2011, Mesyuarat pertama Jawatankuasa baru ( Sesi 2011- 2013 ) Masjid Al Falah Taman Desa Jaya telah diadakan selepas Solat Tarawih. Sebelum mesyuarat bermula, Masjid Al Falah telah dikunjungi beberapa wakil Umno Bahagian Tebrau diketuai Tuan Haji Hassan ( Ketua Biro kebajikan UMNO bahagian Tebrau ) & diiringi oleh Tn. Hj. Nasir Bin Syukur ( Penggerak Masjid DUN Tiram ) .
Tujuan kunjungan mereka ialah untuk bersuai kenal dan menyampaikan sumbangan Ramadan. Ketika mesyuarat, Tuan Haji Kassim Bin Darim selaku Pengerusi Masjid mengucapkan tahniah selain memberi taklimat ringkas mengenai senarai tugas jawatankuasa kepada semua JK yang hadir. Diakhir ucapannya, Tuan Haji Kassim turut memaklumkan niatnya untuk bercuti rehat sebagai Pengerusi Masjid sehingga 31.12.2011 atas sebab kesihatannya yang tidak mengizinkan. Beliau telah menyerahkan tanggungjawabnya kepada Timbalan Pengerusi Masjid iaitu YM Raja Idris Bin Raja Ali.
MAKLUMAT RINGKAS MASJID AL FALAH
Mula dirancang pembinaannya pada tahun 1994 dimana upacara Majlis Pecah Tanah telah dilakukan oleh YAB Dato, Hj Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor. Kerja-kerja pembinaan bermula pada 9 November 2000 dan siap sepenuhnya pada 25 Mei 2002. Ianya terletak di atas lot PTD 68495 seluas 2.5 ekar di Jalan Lembah 17 Taman Desa Jaya. Kos pembinaan telah menelan belanja sebanyak RM3,230,800.00 melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Johor dan sumbangan orang ramai. Kontraktor yang bertanggungjawab membina masjid ini ialah Bakar Arshad Sdn. Bhd.
Masjid yang indah ini mengandungi :
1. Bangunan Dewan Solat 1 1/2 tingkat yang boleh menampung
2000 orang jemaah.
2. Pejabat Pentadbiran, bilik mesyuarat, Dewan Serbaguna, bilik
imam dan bilik Bilal, tempat mengambil wuduk dan tandas
samada lelaki dan perempuan.
3. Bangunan stor dan bilik meter TNB.
Jarak masjid ini ialah 15 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru dan kawasan-kawasan berdekatan ialah Taman Ehsan Jaya, Taman Johor Jaya, Taman Desa Cemerlang, Taman Desa Tebrau, Taman Gaya dan Taman Pelangi Indah.
Aktiviti :
Jawatankuasa masjid telah melaksanakan aktiviti dan akan terus merancang dan mengadakan aktiviti harian, mingguan, bulanan dan tahunan seperti kuliah-kuliah Maghrib dan Subuh, majlis ceramah sempena bulan-bulan kebesaran Islam khasnya dibulan Ramadhan, Syawal, Zulhijah, Rabiulawal dan juga bulan Muharam..

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
Kata aluan Hj Kassim Bin Darim, Pengeruai Masjid Al Falah sempena perasmian Masjid Al Falah.
Assalamualaikum wbt,
Syukur kehadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah rahmatnya hari ini Jumaat 9 Safar 1432H bersamaan 14 Januari 2011, Masjid Jamek Taman Desa Jaya ( kini Masjid Al Falah ) Johor Bahru telah disempurnakan perasmiannya. Masjid ini telah siap dibina pada 25 Mei 2002 dengan kos RM 3,230,800.00 dengan peruntukan kerajaan pusat, kerajaan negeri dan sumbangan orang ramai. Bangunan dewan solat 1 1/2 tingkat ini boleh menampung seramai 2000 jemaah.
Dengan perasmian masjid ini diharap jawatankuasa dan kariah dapat mengimarahkannya bagi tujuan meningkatkan syiar islam. saya mengharapkan pelbagai aktiviti keagamaan dapat diadakan dengan adanya kemudahan-kemudahan yang telah disediakan seperti dewan solat dan dewan serbaguna.
Akhirkata saya bersama-sama jawatankuasa dan pegawai masjid ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khasnya Kerajaan Negeri Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Johor dan semua agensi-agensi kerajaan yang terlibat serta jemaah dan kariah bagi menjayakan majlis perasmian pada hari ini.
Khamis, 4 Ogos 2011
MUKADIMMAH
Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum WaRahmatullahi WaBarakatuh.
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya kita dapat bersama-sama 'bersemuka dan berhubung' sesama ummah secara alam maya dan semoga dikurniakan kekuatan serta kemampuan untuk menunaikan kewajipan setiap Rukun Islam yang diwajibkan. Masjid Al Falah dalam usaha menyampaikan sebarang maklumat mengenai aktiviti, program, pengumuman disamping untuk menjadikan medium berinteraksi secara online telah berusaha mengujudkan laman web / blog bagi tujuan tersebut. Walaupun sederhana dan terhad, diharap laman Web / Blog ini dapat menjadi 'Jambatan' komunikasi dua hala antara jawatankuasa Masjid Al Falah dengan jemaah / warga kariah Taman Desa Jaya khasnya dan masyarakat global amnya.
Segala buah fikiran, pandangan dan input dari muslimin dan muslimat amatlah dialu-alukan demi memantapkan lelaman ini.
Sebagai menyahut seruan 'dunia tanpa sempadan' maka Biro Penerbitan dan Teknologi Maklumat akan cuba sedaya upaya mempraktik dan menggunakan segala 'tools' yang ada untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti masjid. Kami berdoa agar dikurniakan kekuatan serta kemampuan untuk menunaikan kewajipan ini dan semoga segala usaha kita diberkati ALLAH SWT.
Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah, wasalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Langgan:
Catatan (Atom)