MASJID
Jumaat, 14 Februari 2014
Ahad, 26 Januari 2014
ZIKIR ASMA AL-HUSNA
14 JAN 14 - Sesi pertama Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya yang diadakan pada sebelah pagi (8.00 pagi-12.00 tengahari) disambung pula dengan Sesi kedua pada sebelah malam iaitu selepas Solat Maghrib. Program diteruskan dengan Zikir Asma Al-Husna yang diterajui oleh Biro Dakwah, Masjid Al_Falah Taman Desa Jaya dan dipimpin oleh Ustaz Abdullah Zuhrim Bin Mamat, Imam 2, Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya.
Memandangkan sambutan para Jemaah kepada program Zikir Asma Al-Husna ini amat menggalakkan, maka Jawatankuasa Masjid berbincang dan memutuskan untuk meneruskan program ini pada setiap minggu, selepas Solat Maghrib hari Rabu malam Khamis. Semua ahli kariah dan Jemaah adalah dijemput hadir,
MAULIDUR RASUL 1435H
SELASA : Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya diadakan pada 14 Januari 2014M bersamaan 12 Rabiul Awal 1435H. Majlis dimulai dengan doa dan persembahan pertandingan ceramah oleh murid-murid sekolah menengah terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama JB, Sekolah Agama Taman Desa Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Jaya.
Tuan Haji Kasim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah meneruskan ucapan alu-aluan dan dikuti perasmian majlis oleh Yg.Berbahagia Tuan Haji Nasir Bin Syukur, Penyelaras Masjid dan Surau DUN Tiram. Tuan Haji Nasir turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua Ahli jawatankuasa dan Pegawai masjid bagi sesi 2012-2014 sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan sumbangan yang diberikan oleh mereka. Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari.
Sabtu, 11 Januari 2014
JEMPUTAN MAULIDUR RASUL
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya dengan ini menjemput
semua jemaah dan ahli kariah Taman Desa Jaya, Taman Ehsan Jaya, Taman Desa Cemerlang,
Taman Johor Jaya, Taman Gaya, Taman Desa Tebrau dan sekitar
ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW .
Majlis ini akan diadakan secara 2 sesi iaitu : -
sesi pagi ( 8.00 pagi -12.00 Tgh ) dan
sesi malam ( 7.00 -11 Malam).
Semua dijemput hadir meraikannya.
Langgan:
Catatan (Atom)














































