MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Ahad, 2 Jun 2013

MUZAKARAH

JUMAAT - Dalam usaha menyelami dan mendapat maklumbalas dari para Jemaah di kariah Taman Desa Jaya maka Jawatankuasa Masjid Al-Falah mengadakan program muzakarah pada 23 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 3 Mei 2013M di Dewan Solat Masjid. Berikutan khutbah Jumaat bertarikh 29 Februari 2013 bertajuk 'Memasyarakatkan Masjid', jawatankuasa masjid diketuai Haji Kassim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya mengambil pendekatan menyeru penduduk kariah untuk bersama-sama menyumbang idea bagi membangun dan mengimarahkan masjid.
                   Muzakarah ini mendapat maklumbalas yang amat baik daripada para jemaah yang hadir. Pelbagai cadangan dikemukakan untuk dikongsi agar Ahli Jawatankuasa dan penduduk kariah Taman Desa Jaya berganding bahu meningkatkan syiar islam melalui aktiviti masjid.

 






 


Sabtu, 9 Mac 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H

AHAD, 24 FEB - Masjid Al-Falah dengan kerjasama Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad dan Sekolah Agama Taman Desa Jaya berjaya menganjurkan secara bersama Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434H / 2013M. Majlis berlangsung selama dua hari bermula dari hari Sabtu, 23 Feb.2013 dengan pelbagai pertandingan yang melibatkan kanak-kanak di peringkat Tadika hingga ke sekolah menengah. Acara yang dipertandingankan ialah Melukis, Mewarna, Hafazan, Azan dan Iqamah. Program kemuncak berlangsung pada keesokan harinya iaitu pada pagi hari Ahad dengan acara perarakan Maulidur Rasul, Majlis Khatam Al-Quran, jamuan umum, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dan penyerahan sijil Khatam Al-Quran yang disampaikan oleh Ustazah Hajjah Ruhillah Binti Abdul Rahman, guru mengaji Kumpulan Qiraatil Quran kepada 14 orang muridnya. Sesi kedua majlis bermula dengan Solat Maghrib, Solat Hajat berjemaah anjuran Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJB) dan diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi Masjid / Pengerusi Majlis iaitu Tuan Haji Kassim Bin Darim. Acara kemuncak ialah Ceramah Khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Al-Ustaz Syed Mohd Norhisyam bin Tuan Padang, seorang penceramah bebas yang popular di Malaysia mahupun luar negara. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama ustaz dengan AJK, jemaah mahupun penduduk kariah Taman Desa Jaya. Selain menghayati Sunnah Rasul seperti mana yang disampaikan oleh penceramah, majlis ini dilihat dapat menyatu padukan ukhuwah sesama penduduk di kariah Taman Desa Jaya, Taman Ehsan Jaya dan sekitarnya.
 

 
 
 

 


 
 
 
 
 

Isnin, 18 Februari 2013

ATURCARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Program sebelum ( 23 Feb 2013, Sabtu )

7.30 pg - Pendaftaran
8.00 pg - Pertandingan melukis dan mewarna
             - Pertandingan Hafazan
             - Pertandingan Azan  / Iqamah

Program kemuncak ( 24 Feb 2013, Ahad )

07.45 pg - Perarakan Maulidur Rasul
09.00 pg - Qasidah
09.30 pg - Majlis Khatam Al-Quran
10.00 pg - Jamuan
11.00 pg - Penyampaian hadiah pertandingan

                    dan Sijil Khatam.

07.22 mlm - Solat Maghrib berjemaah
                             - Solat hajat - KPMNJB
08.33 mlm - Solat Isyak berjemaah
09.00 mlm - Ucapan Pengerusi masjid
09.15 mlm - Ceramah Agama
11.00 mlm - Bersurai.     

Isnin, 28 Januari 2013

MESYUARAT PERSEDIAAN MAULIDUR RASUL

Mesyuarat Persediaan Sambutan Maulidur Rasul kali kedua akan diadakan pada ; -

Hari      : Rabu malam Khamis
Tarikh  : 30 Januari 2013
Masa    : 9.00 Malam, Selepas Isyak
Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Al Falah Taman Desa Jaya

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut : -
Ucapan Pengerusi
Pembentangan dan pengesahan minit serta perkara berbangkit
Laporan Biro dan AJK
   : Gerak kerja terkini
   : Anggaran perbelanjaan
   : Lain-lain hal

Sehubungan itu, Semua AJK dikehendaki hadir bagi membincangkan dan membuat tindakan selanjutnya. Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Tuan Puan didahulukan ucapan terima kasih.

Abdullah Zuhrim Mamat
(Setiausaha Majlis Sambutan Maulidur Rasul).


Jumaat, 25 Januari 2013

DETIK RASULULLAH MENGHADAPI SAKARATUL MAUT

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “ Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.” Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. “Rasullullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “ Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”tanya Jinril lagi. “Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”- “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirinkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu hanya fana belaka….
 
sumber : http://smzblog.wordpress.com/

MAULIDUR RASUL

RABU, 23 JAN 2013 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul diadakan secara sederhana selaras dengan tema tahun ini iaitu " Wasatiyah Tunggah Kesatuan Ummah ". Majlis dimulai dengan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan bacaan Berzanzi dan Marhaban pimpinan Ustaz Abdullah Zuhrim bin Mamat, Imam 2 Masjid Al Falah Taman Desa Jaya. Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan. Majlis ini sekurang-kurangnya dapat mengingatkan jemaah di kariah ini untuk sentiasa berusaha mengamalkan sunnah nabi selain melafazkan puji-pujian melalui bacaan berzanzi dan marhaban. Jawatankuasa Masjid Al Falah telah merancang untuk mengadakan majlis Sambutan Maulidur Rasul yang lebih meriah pada penghujung bulan Februari nanti........Insyallah. 
 




 

LAWATAN KOPERASI

JUMAAT, 18 JAN 2013 - Hj Kassim b Darim mengetuai lawatan muhibbah Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan jawatankuasa Koperasi Masjid Kariah Taman Desa Jaya Johor Bahru Berhad (KMKTDJJBB) ke  Koperai Masjid Taman Perling Johor Bahru Berhad (KMTPJBB). Lawatan bertujuan menimba ilmu dan berkongsi pengalaman berkaitan cara pengurusan berkesan selain mengambil peluang perkongsian perniagaan samada dari sudut perladangan, hartanah, ternakan dan sebagainya.

Seramai 11 orang wakil dari KMKTDJJBB yang megikuti lawatan tersebut teruja dan terbuka minda setelah diberikan penerangan jelas mengenai strategi dan pencapaian KMTPJBB yang disampaikan oleh Tuan Haji Yusof Bin Hassan, Pengerusi KMTPJBB.  Lawatan dan Perkongsian ilmu ini diharap dapat di manfaatkan dengan lebih teratur dan yakin oleh jawatankuasa KMKTDJJBB dalam merencanakan setiap gerak kerja untuk memulakan aktiviti perniagaan  atau pelbagai bidang berkaitan koperasi.
 

Isnin, 7 Januari 2013

MESYUARAT KHAS MAULIDUR RASUL

Mesyuarat Khas Maulidur Rasul akan diadakan pada hari Isnin, 7 Januari 2013 dibilik Mesyuarat Masjid Al-Falah mulai jam 9 malam. Semua Jawatan kuasa Masjid, Pengerusi surau, badan NGO dan badan sukarela adalah dijemput hadir.