KHAMIS, 20 SEPT - En Hasri bin Ali, bendahari Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya dan isteri, Puan Nor Hasikin binti Abdul Rahman selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Haji. Beliau berangkat menaiki pesawat KT14 dan dijangka akan berada di sana selama 45 hari. Pengerusi dan seluruh jawatankuasa Masjid Al-Falah mendoakan agar beliau suami isteri, para jemaah ahli kariah Taman Desa Jaya dan umat islam seluruhnya yang menunaikan ibadah haji tahun ini memperoleh haji yang mabrur…Amin.
MASJID
Sabtu, 6 Oktober 2012
Jumaat, 5 Oktober 2012
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA
AHAD, 16 SEPT – Masjid Al-Falah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya dan meraikan Bakal Haji pada penghujung Syawal. Majlis anjuran bersama Surau, UMNO, Badan Khairat Kematian, KRT, KEMAS, PIBG SMK dan SK Taman Desa Jaya bermula selepas solat Maghrib. Marhaban gabungan AJK dan jemaah masjid membuka tirai majlis diikuti dengan kuiz untuk anak-anak tetamu yang hadir. Majlis diteruskan selepas Isyak dengan ucapan aluan oleh Haji Kassim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah dan diikuti dengan pemberian sumbangan kepada bakal-bakal haji. Majlis diselang-selikan dengan persembahan bunga api dan kuiz. Pelbagai hidangan disajikan mengikut gerai yang disumbangkan oleh setiap individu dan institusi. Haji Kassim bin Darim, Pengerusi Masjid Al Falah Taman Desa Jaya mewakili seluruh Jawatankuasa Masjid dalam ucapan ringkasnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf Zahir Batin kepada para jemaah yang hadir.
Langgan:
Catatan (Atom)


