MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Selasa, 10 Julai 2012

PROGRAM PENGUKUHAN ROHANI


Sabtu, 7 Julai 2012 – Program Pengukuhan Rohani dan Jasmani dikalangan Remaja 2012 telah diadakan di Dewan Kuliah Masjid Al Falah Taman Desa Jaya. Majlis bermula dari jam 7.30 pagi  hingga 9.00 malam. Program ini merupakan anjuran bersama Biro Rakan Muda Masjid Al Falah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Makdis SMK Taman Desa Jaya dan Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Taman Desa Jaya. Seramai 80 murid SMK Taman Desa Jaya menyertai program ini. Turut hadir, En Kamal Ariffin b Ahmad ( YDP PIBG ) dan HJ. Mohd Suremi b Rasiden mewakili Pengerusi Masjid Al Falah. Penceramah program untuk sesi pagi ialah Ustaz Salihin b Masri dari JAIJ membentangkan ceramahnya bertajukPemantapan Sahsiahmanakala sesi petang ceramah motivasi bersama ibu bapa bertajukPeranan Ibu Bapa dalam kecemerlangan Kerjaya’ yang disampaikan oleh Ustaz Ismail  b Mat Ali.  Program diteruskan dengan Tazkirah dan riadah. Program bertujuan meningkatkan kesedaran dan motivasi diri pelajar untuk menghadapi peperiksaan disamping menjadi manusia beriman. Acara kemuncak ialah Solat Maghrib berjemaah, Solat  Hajat, Yassin, Zikir Munajat, solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan ceramah agama oleh penceramah khas iaitu  Ustaz Muhammad Asyraf b Mohd Ridzuan ( Juara Imam Muda Astro Oasis 2010 ). 








Isnin, 9 Julai 2012

NISFU SYAABAN

Biro Takhmir Masjid Al Falah Taman Desa Jaya mengadakan majlis menyambut malam Nifsu Syaaban pada hari Selasa malam Rabu, 3 Julai 2012 bersamaan 13 Syaaban 1433H. Majlis dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Yaasin sebanyak 3 kali .Majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan. Majlis dipimpin oleh Ustaz Abdullah Zuhrim, Imam 2 Masjid Al Falah.  

.

Isnin, 2 Julai 2012

BULAN SYAABAN

Amalan-amalan Sunat Di Bulan Syaaban


Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”
 
(al-Bukhari)

 
Huraian
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.


2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan


3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.


4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.





Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Ahad, 1 Julai 2012

SEMBANG-SEMBANG


Hotel Zon Regency Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor  menganjurkan Majlis Sembang-Sembang bersama YAB Tan Sri DatoHj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sembang-sembang diadakan pada hari Sabtu, 23 Jun 2012 di Hotel Zon Regency Johor Bahru. Para jemputan terdiri daripada ketua-ketua kampung, penghulu, wakil PIBG,  Jawatankuasa Masjid, Rukun Tetangga, Kumpulan Yassin Wanita dan ‘NGO’ sekitar Johor Bahru.  Masjid Al Falah Taman Desa Jaya diwakili oleh AJK Hj Suremi bin Rasiden dan En Jamaludin Ali. Turut hadir ialah YAB DatoHj. Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor dan dif terhormat lainnya.  Majlis yang bermula dari jam 3.00 petang dimulai dengan bacaan doa dan diikuti ucapan aluan oleh Pengerusi Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor dan seterusnya ucapan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Majlis diakhiri dengan acara bersembang-sembang, dimana YAB Tan Sri DatoHj. Muhyiddin bergerak dan menemui para jemputan dari satu meja ke meja yang lainnya secara bersantai sambil minum petang.







Sabtu, 16 Jun 2012

BAZAAR MINGGUAN


JUMAAT, 8 Jun 2012 - Buat julung kalinya, Koperasi Kariah Masjid Taman Desa Jaya, Johor Bahru Berhad telah menganjurkan satu inisiatif baru berkonsepkan perniagaan iaitu Bazaar Mingguan.  Bazaar Mingguan ini diadakan pada setiap hari Jumaat bermula jam 4.00 petang hingga 10.00 malam. Sebagai permulaan, sebanyak 20 gerai beroperasi menjual pelbagai barangan keperluan harian.  Sambutan yang diterima samada daripada penjual mahupun pembeli amat memberangsangkan.





Selasa, 22 Mei 2012

KELEBIHAN BULAN REJAB

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.