Hotel Zon Regency – Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor menganjurkan Majlis Sembang-Sembang bersama YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sembang-sembang diadakan pada hari Sabtu, 23 Jun 2012 di Hotel Zon Regency Johor Bahru. Para jemputan terdiri daripada ketua-ketua kampung, penghulu, wakil PIBG, Jawatankuasa Masjid, Rukun Tetangga, Kumpulan Yassin Wanita dan ‘NGO’ sekitar Johor Bahru. Masjid Al Falah Taman Desa Jaya diwakili oleh AJK Hj Suremi bin Rasiden dan En Jamaludin Ali. Turut hadir ialah YAB Dato’ Hj. Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor dan dif terhormat lainnya. Majlis yang bermula dari jam 3.00 petang dimulai dengan bacaan doa dan diikuti ucapan aluan oleh Pengerusi Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor dan seterusnya ucapan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Majlis diakhiri dengan acara bersembang-sembang, dimana YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bergerak dan menemui para jemputan dari satu meja ke meja yang lainnya secara bersantai sambil minum petang.
MASJID
Ahad, 1 Julai 2012
Sabtu, 16 Jun 2012
BAZAAR MINGGUAN
JUMAAT, 8 Jun 2012 - Buat julung kalinya, Koperasi Kariah Masjid Taman Desa Jaya, Johor Bahru Berhad telah menganjurkan satu inisiatif baru berkonsepkan perniagaan iaitu Bazaar Mingguan. Bazaar Mingguan ini diadakan pada setiap hari Jumaat bermula jam 4.00 petang hingga 10.00 malam. Sebagai permulaan, sebanyak 20 gerai beroperasi menjual pelbagai barangan keperluan harian. Sambutan yang diterima samada daripada penjual mahupun pembeli amat memberangsangkan.
Khamis, 31 Mei 2012
Selasa, 22 Mei 2012
KELEBIHAN BULAN REJAB
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Isnin, 21 Mei 2012
MESYUARAT AGONG KOPERASI MASJID
AHAD, 20 Mei 2012 – Koperasi Kariah Masjid Taman Desa Jaya Johor Bahru Berhad mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Pertama tahun 2012 di Dewan Kuliah Masjid Al Falah. Majlis yang bermula dari jam 9.00 pagi didahului dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Rebu Bin Haji Saiman, Imam Masjid Al Falah dan diikuti ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Kassim Bin Darim, Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Taman Desa Jaya Johor Bahru Berhad. Majlis diteruskan dengan sesi taklimat, penerangan dan perasmian oleh En.Sahid bin Amun, Pegawai Pengembang Koperasi Negeri Johor dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Taklimat yang disampaikan menjurus kepada persoalan mengenai apa itu koperasi, sejarah koperasi dan ‘mind set’ ahli koperasi yang perlu diubah demi menjayakan sesebuah pertubuhan Koperasi. Acara kemuncak ialah Mesyuarat Agong Koperasi yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Kassim Bin Darim. Selain mengesahkan minit mesyuarat lalu, pembentangan penyata kewangan dan cadangan belanjawan tahun 2012, mesyuarat kali ini turut memilih pengganti kepada 4 orang Ahli Lembaga Koperasi yang digugurkan mengikut giliran sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang kecil Koperasi.
Langgan:
Catatan (Atom)