MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Isnin, 21 Mei 2012

MESYUARAT AGONG KOPERASI MASJID


AHAD, 20 Mei 2012Koperasi Kariah Masjid Taman Desa Jaya Johor Bahru  Berhad     mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Pertama  tahun 2012 di Dewan Kuliah Masjid Al Falah. Majlis yang bermula dari jam 9.00 pagi didahului dengan  bacaan  doa   oleh  Tuan Haji Rebu Bin Haji Saiman, Imam Masjid Al Falah dan diikuti ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Kassim Bin Darim, Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Taman Desa Jaya Johor Bahru Berhad. Majlis diteruskan dengan sesi taklimat, penerangan dan perasmian oleh En.Sahid bin Amun, Pegawai Pengembang Koperasi Negeri Johor dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Taklimat yang disampaikan menjurus kepada persoalan mengenai apa itu koperasi, sejarah koperasi dan ‘mind set’ ahli koperasi yang perlu diubah demi menjayakan sesebuah pertubuhan Koperasi. Acara kemuncak ialah Mesyuarat Agong Koperasi yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Kassim Bin Darim. Selain mengesahkan minit mesyuarat lalu, pembentangan penyata kewangan dan cadangan belanjawan tahun 2012, mesyuarat kali ini turut memilih pengganti kepada 4 orang Ahli Lembaga Koperasi yang digugurkan mengikut giliran sebagaimana yang diperuntukkan  dalam undang-undang kecil Koperasi.











Sabtu, 19 Mei 2012

ZIARAH


SABTU, 19 Mei 2012 – Tuan Haji Salikin Bin Mis, Setiausaha Masjid Al Falah Taman Desa Jaya dan En Jamaludin Bin Ali, Pengerusi Biro Penerbitan dan Teknologi Maklumat  menziarah  Tuan Haji Abd Rahim Bin Zulkawi, Penolong Setiausaha Masjid Al Falah di Hospital Pakar Penawar, Pasir Gudang. Beliau dimasukkan ke wad 211 mulai hari Khamis 17 Mei 2012 kerana menghidap sakit dikedua-dua bahagian lututnya. Beliau telah dimasukkan ke Wad beberapa hari selepas  En Razak Bin Isam, Pengerusi Biro Pembangunan Ekonomi Masjid Al Falah turut menerima rawatan di Hospital yang sama kerana menghidap sakit jantung dan ‘ Slipped Disc ’. Hj Salikin mewakili Masjid Al Falah menyampaikan sumbangan kepada Haji Abd. Rahim. Jawatankuasa Masjid Al Falah mendoakan semoga Tuan Haji Abd Rahim Zulkawi  dan En Razak Isam segera sembuh. Amin.